Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, October 15, 2013

Pantun berkias.

Pantun berkias.

Sorak sukan ungkap sukan,
Timbang bola dalam kolam;
Borak sakan cakap sakan,
Bimbang kala kelam malam.

Udang galah udang rimau,
Masak gulai sangat sedap;
Sedang kalah pedang lemau,
Pasak balai sengat hendap.

Garu badan sentuh panau,
Luka sikit terbit darah;
Buru bidan jatuh ranau,
Suka sumpit rabit parah.

Sazalee Sulaiman ... 08/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment