Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, October 27, 2013

Darjat.

Darjat.

I.
Kerandamu
dari kayu terpilih
berlian dan merbau
menjadi pilihan
sungguh mewah, meriah
corak ukiran.

Keranda aku
hanya zink
memayungi jasad
terkapan.

II.
Matinya kamu
berjamu
darah kerbau disapu
melimpah tepu
untuk tetamu
kamu.

Matinya aku
hanya ikan kembong
yang aku jamu
tembolok tetamu

di tahlilku.

Sazalee Sulaiman ... 10/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment