Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 13, 2013

Cukuplah

Cukuplah

Cukuplah tersenyum
Siang tersenyum
Malam tersenyum
Tidur tersenyum
Marah tersenyum
Menangis tersenyum

Cukuplah tersenyum
Hebat perwatakan
Tamatkan lakonan
Lepaskan segala amarah
Bebaskan rasa sakit
Yang membungkam itu

Aku tahu
Layar hiba air mukamu
Memagari sekeping hati
Cerita duka
Sengsara merana
Menjadi santapan jiwamu

Cukuplah tersenyum
Kerana
Engkau sendiri pasti
Semakin nyanyuk dan pelupa
Hingga tersenyum
Pada saat yang salah

Senyuman itu deritamu
Aku tahu
Cukuplah,
Tamatkan!

CMA
6.36 petang
021013

No comments:

Post a Comment