Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, October 13, 2013

ANALOGI SIPUT BABI

ANALOGI SIPUT BABI

Muka kosong
hati lohong
akal kaulelong
macam sotong
jalan berkencong-kencong.

Setengah tapak sudah semput
bukannya makan pulut
melukut di tepian terbuang
pandai kaucari ruang
kiaskan mitos di purba cermin sial
kau takluk dunia khayal.

Megah dengan topeng-topeng pementasan duniamu
persis pelawak yang lugut
menyairkan puisi bersepai-sepai
inti rebah berderai-derai
kaugilap jampi mamai
yang buta bertepuk tangan
yang pekak tawa mengilai
yang bisu terlopong
dengar cerita bohong.

Dalam maya engkau bermaharajalela
cuba tengokkau kini di dunia nyata
di telapak kaki hilang nyawa.

Siput babi mata buta jalan terbalik
akal kaupendek atau aku yang celik.

.
Angah Arie
Ruang Sengal, Seremban
02072011 11:00

No comments:

Post a Comment