Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

SEMARAK API

SEMARAK API

Bila bulan tak lagi bersinar
jerami terbakar membuat onar
percikan bunga api
menyemarak seri
kita pun terleka
di julang megah merdeka.

Di sebalik keindahan
asap berkembang menular
tak siapa sedar
itulah permulaan
pada bencana dan kemunsnahan.

Sanggupkah bergelut
mencari punca
menghalang sengketa
di kelam malam
sedang hati menyubur dendam.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
13 Sept 2013
4.54 pm.

No comments:

Post a Comment