Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

Khatib

Khatib

Kedut kulit tua itu
Lantang suara itu
Gagah berdiri di situ
Menyedarkan erti sesuatu

Sunyi hening semua
Hadirin bermain minda
Mengiyakan semuanya
Jatuh air mata di riba

Penyesalan...
Menyesal perjalanan semalam
Pekak mendengar kalam
Menidakan proses alam
Dan terus tenggelam

Saudaraku
Berfikirlah sejenak
Tinggalkan kegembiraan
Perbetulkan kekhilafan
Ingatlah
Di saat ini
Mereka sedang menenun kain kafan

Tegang
Air mata khatib jatuh juga...

131436Sep13
A.K
Lumut

No comments:

Post a Comment