Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Malaysiaku Berdaulat

Malaysiaku Berdaulat

telah tercatat
negaraku berdaulat
merdeka bermartabat
peninggalan pejuang hebat
aman damai penuh berkat...

telah maju rakyat
setaraf negara maju barat
meneroka ekonomi alam korporat
menerajui tadbir urus syarikat
kekayaan negara dimanfaat...

telah bersatu masyarakat
membina negara bangsa yang muafakat
kekal maju berdaya saing di seluruh jagat
hindari politik kotor yang memudarat
lenyapkan iklim ukhwah yang berkarat...

Malaysiaku berdaulat
dulu kini dan selamanya membulat.

CNM, 16/9/13

No comments:

Post a Comment