Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, September 23, 2013

KUNCI YANG LIMA

KUNCI YANG LIMA

Bukalah hari-harimu
dengan kunci yang telah disediakan
bukalah dengan pintu hati
jangan dibuka dengan keterpaksaan
kelak kemanisannya tidak akan kaurasa.

Bukalah percayamu
dengan kunci yang telah disediakan
bukalah dengan pintu jujurmu
jangan dibuka dengan rasa ragumu
kelak hatimu akan bercelaru.

Bukalah janjimu
dengan kunci yang telah disediakan
bukalah dengan keinsafan jiwamu
jangan dibuka dengan takburmu
kelak hina akan menjadi pengapitmu.

Bukalah akhiratmu
dengan kunci yang disediakan
untuk engkau buka pintu-pintu syurga
dari mana-mana kunci lima yang engkau ada.

Qalam Bertinta
Klang
08092013
0919am

No comments:

Post a Comment