Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, September 23, 2013

Itulah Kita (dedikasi buat warga guru KHS)

Itulah Kita (dedikasi buat warga guru KHS)

disuruh mengajar kita ajar
diarah melatih kita melatih
diminta berniaga kita berniaga
dipanggil mesyuarat kita bermesyuarat
dihantar berkursus kita berkursus;

itulah kita
manusia yang membangunkan manusia
akur menyusur arus
sesekali menongkah bukan membantah
adakala perlu ruang menyingkir lelah;

tahniah sahabat semua
atas kerjasama padu
menjayakan apa kita mahu
semoga dipermudahkan dalam doa restu
Dia Yang Satu;

itulah kita.

CNM, 8/9/13

No comments:

Post a Comment