Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

BUDI BAHASA.

BUDI BAHASA.

Kaulanggar
sesuka hati engkau sahaja
tanpa ada sedikit pun
rasa bersalah
tiada budi bahasa
di dada.

Kaurempuh
semahu-mahu hatimu
beranggapan
aku ini, si tunggul kayu
tak perlu berbudi bahasa.

Kaukatakan
aku tiada budi bahasanya
bila aku marah-marah
meninggi suara
apabila amarah mula berkuasa.

Aku nak tanya,
siapa yang tiada budi bahasanya
... di sini?

Kalau tak suka aku marah
jangan beri aku peluang untuk beramarah
cubalah berbudi bahasa
sedikit
... tiada ruginya.

Ada faham?

Sazalee Sulaiman ... 13/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment