Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, January 6, 2013

SERULING KASIHKU DAN HARMONIKA RINDUMU

SERULING KASIHKU DAN
HARMONIKA RINDUMU

Dalam detik sepi
aku cuba mencari
ke mana hilangnya
irama cinta kita
yang pernah kita lagukan
bersama tiupan seruling kasihku
dan harmonika rindumu
yang pernah bergema
di beranda awan dan larik pelangi.

Cuba kualunkan kembali irama itu
sendiri dan tanpa kamu
namun sumbang kerana seruling kasihku
seakan enggan menyanyi
tanpa tiupan harmonika rindumu
dan irama laguku terhenti
sebelum tiba di rangkap terakhirnya.

Kini seruling kasihku
masih enggan berbunyi
termenung dan menanti
akan tiupan harmonikamu
untuk kembali memainkan
lagu irama cinta kita

Pun aku juga menanti
menanti kamu!... .

Qalam Bertinta
05012013
1229am

No comments:

Post a Comment