Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, January 11, 2013

KEHIDUPAN KEKAL HANYA DI SANA

KEHIDUPAN KEKAL HANYA DI SANA

Usah digenggam guruh di awan
guruhnya tidak menjanji hujan
air tempayan dibuang jangan.

Keliru akal menduga malam
kupilih putih tersadung hitam
kusangka jernih rupanya kelam.

Kutoleh kiri kanan menyapa
kupilih baiduri intan permata
pastinya bukan kilauan kaca.

Kurenung sinar dalam mentari
kurisik khabar kesana kemari
mengenal manikam dari jauhari.

Sutera halus tenunan tangan
bicara tulus bukan lakonan
ciri pemimpin dalam buatan.

Biar basah kerana gerimis
dari bengkak mata menangis
dijaga warisan jangan terhakis.

Bukan mudah meredah hutan
ranjau berduri sepanjang jalan
kukutip manis sebuah kejayaan.

Semantara hidup banyak amalan
ikhlaskan diri dalam sumbangan
semoga rezeki Allah gandakan.

Kehidupan ini hanya semantara
kehidupan kekal hanya di sana
penghuni Jannah hidup bahagia.

YHI
Segamat Johor
11012013

No comments:

Post a Comment