Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, January 7, 2013

ISTERI BULANAN

ISTERI BULANAN

Isteri bulanan
nama jolokan bukan kejutan
bukan usia dan paras rupa jadi ukuran
penentu restu keluarga
biar yang kedua, ketiga dan keempat
di hati suami bertempat
kocek tebal memikat

Isteri bulanan
menagih kasih semantara
biar suami sering tiada
nafkah biaya terbela
hidup selasa

Isteri bulanan
kerana rindu batin derita
hiburan luar didamba
bermula kayu tiga
suami didua

Isteri bulanan
kekasih gelap diharap
mengisi kekosongan yang menyentap
keinginan mengatasi kewarasan
lumpuhnya iman
diri terkorban

Isteri bulanan
bahagia hanya seketika
di luar pengetahuan isteri pertama
kecundang akhirnya

YHI
Segamat Johor
07012013

No comments:

Post a Comment