Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, January 2, 2013

CORAT CORET BANGSAKU

CORAT CORET BANGSAKU

Kepada Portugis pernah kuserah
Bangsa Inggeris pernah perintah

Bangsaku tuan pada nama
Urus tadbir Inggeris laksana

Kugoyang kaki di warung kopi
Bersantai ramai main dam aji

Kebun bendang jengah sesekali
Tak cukup duit kupinjam ceti

Kerana hutang tanah melayang,
Sawah bendang dimiliki orang

Setengah abad sudah berlalu
Nasib bangsaku lemah kaku

Pelbagai dasar telah dilaksana
Perubahan bangsaku belum ke mana

DEB diangkat penimbang tara
Pencapaian bangsa belum ketara

Dasar pengswastaan perlu gembeling
Kilang perusahaan dimiliki orang

Pandang ke Timur satu acuan
Bangsaku mundur perlu bantuan

Pelaksanaan PPSMI lagi kecoh
Konon hebat jangan ditangguh

Kerana PPSMI ramai mengeluh
Pencapaian bangsa merudum jatuh

Bahasa kupertahan sudah tergugat
Bahasa asing diangkat martabat

Pengagihan ekonomi punya cerita
Pencapaian bangsaku kelas ketiga

Masalah sosial belum dikira
Penagih dadah bangsaku juara

Pembuangan bayi turut meruncing
Masalah berterusan saling menuding.

YHI
Segamat Johor
02012013

No comments:

Post a Comment