Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 25, 2012

TERUNGKAINYA SUATU RAHSIA

Sajak ini dicipta pada tahun 2007, ketika masyarakat dikejutkan dengan berita kehilangan misteri anakanda Nurin:

TERUNGKAINYA SUATU RAHSIA
(Al-Fatihah buat Allahyarham anakanda Nurin,
Takziah setulus hati buat keluarga Allahyarham)

20 Ogos tirai malam dibuka resah
Setiap warga dilanda gundah
tawaran ganjaran yang lelah
namun itu bukanlah sasarannya
bukanlah habuan yang jadi agenda
anak yang malang hilang di mana?

17 September menjawab segala misteri
meluas paparan media berita sensasi
di dalam sebuah beg pakaian tersembunyi
sekujur tubuh pucat lesi nafas tiada lagi
bersaksikan paparan CCTV yang sukar dianalisa
ketepatan ujian DNA merungkai segalanya

Siapalah gerangannya?
angkara dalang durjana
iblis yang bertopengkan manusia
kebuasannya bagai haiwan celaka
jangan biarkan ia terus bermaharajalela
muka pengadilan pemutus segala bicara

Biarlah tragedi ngeri ini
menjadi iktibar setiap penghuni warga sejati
kealpaan ibu bapa juga penyumbang bencana
setelah 50 tahun negara merdeka
kelicikan modus operandi jenayah semakin berleluasa
berhati-hatilah sebelum musibah menimpa

Nukilan:
Muhamad Amin bin Bacho
Sekolah Menengah Kebangsaan Serian.
September 2007

No comments:

Post a Comment