Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 24, 2012

SIFIR-SIFIR CINTA

SIFIR-SIFIR CINTA

Menghitung hari-hari yang berlalu
lalu aku pun digamit kenangan
kenangan yang membawa
cintaku ke lembah duka
tika harapan yang kusandarkan
dengan sepenuh keyakinan
rebah dalam kecewa yang kaucipta.

Cuba kumengerti putaran alam
dengan siang dan malam silih berganti
dan sinar juga tidak sentiasa ada
biarpun janji mentari
untuk muncul setiap hari
tidak pernah termungkir
pun ketika impian diangankan
kenyataan bukan seperti diharapkan.

Mungkin aku tidak sepertimu
menganggap cinta adalah angka-angka
yang boleh dikira dengan berbagai cara
kerana padaku cinta bukanlah satu sifir
yang boleh dijumlahkan
mengikut nisbah yang ditetapkan
tapi cinta adalah satu anugerah
dan cinta itu juga
adalah satu logika.

Qalam Bertinta
23112012
2319pm

No comments:

Post a Comment