~ Segalanya Tentang Cinta ~
Segenap nuansa rasa
alunan sendu berirama
berkabut gelora mimpi
bak pelangi senja
madah puitis kata
hanya indah sementara
berbicara tentang cinta
takkan ada pengakhirannya
cinta abadi kepadaNya, Maha Segala
cinta yang tiada penghujungnya
pada kedua ibubapa dan keluarga
jua cinta sesama manusia
yang mengenal erti rindu, rasa kasih dan sayang
cinta jualah segalanya
membuat dirimu merasa bahagia
tak kurang juga menangis hiba
pabila tercalar luka
namun….cinta bagiku
datangnya dari setulus hati
ikhlas menerima apa adanya
keburukan yang tersembunyi
kelebihan yang jelas di mata
berkata jujur dan berjanji setia
namun bukan cinta semata
yang akan membuat dirimu bahagia
usahakanlah mengenal cinta
pada Dia Maha Pencipa Cinta
kerana hanya Dia sahaja
menentukan segala
liku-liku hidup insan di dunia
percaya pada cinta
yang telah wujud dalam jiwa manusia
sejak azali…sejak dulu
kerana kita jua lahir dari rasa cinta
dari Dia, Yang Maha Esa
kepada kita, hamba-hambaNya
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 25112012 ~ 9.30 pm ~
madah puitis kata
hanya indah sementara
berbicara tentang cinta
takkan ada pengakhirannya
cinta abadi kepadaNya, Maha Segala
cinta yang tiada penghujungnya
pada kedua ibubapa dan keluarga
jua cinta sesama manusia
yang mengenal erti rindu, rasa kasih dan sayang
cinta jualah segalanya
membuat dirimu merasa bahagia
tak kurang juga menangis hiba
pabila tercalar luka
namun….cinta bagiku
datangnya dari setulus hati
ikhlas menerima apa adanya
keburukan yang tersembunyi
kelebihan yang jelas di mata
berkata jujur dan berjanji setia
namun bukan cinta semata
yang akan membuat dirimu bahagia
usahakanlah mengenal cinta
pada Dia Maha Pencipa Cinta
kerana hanya Dia sahaja
menentukan segala
liku-liku hidup insan di dunia
percaya pada cinta
yang telah wujud dalam jiwa manusia
sejak azali…sejak dulu
kerana kita jua lahir dari rasa cinta
dari Dia, Yang Maha Esa
kepada kita, hamba-hambaNya
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 25112012 ~ 9.30 pm ~
No comments:
Post a Comment