SEBUAH MONOLOG SEORANG MUNAFIK TULEN
sebuah monolog seorang munafik tulen berucap
kata panjang terzahir hanyalah yang baik-baik
selalu juga bercakap bukan yang tidak baik diungkap
cakap yang tidak baik sengaja buat-buat sangat baik
kerana budi munafik tulen diungkit kalau ia bercakap
lidah munafik tulen bersulam kias bahasa yang baik.
sebuah monolog seorang munafik tulen
dia mengaku terlalu miskin
dari insan-insan yang lain
aku orang yang baik-baik pak raden
katanya mengaku pada bayang kaca di cermin
jauh di hatinya berbisik berkata lain
sukmanya selalu hembuskan bengis angin yang dingin
setiap serat urat di jantungnya merahnya lain-lain.
sebuah monolog seorang munafik tulen
bicaranya panjang-panjangan
bebel-bebelan beralun
meraih untung diri dari orang yang suka ikut-ikutan
janji dan damba cinta dari seorang munafik tulen
mudah dalam monolog gelombang lautan ucapan
semudah ia membina batu-batu kelikir sebatang jalan
berliku jauh dikatakan lurus-lurusan
bermadah menjadi helah tembok pembohongan.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Semporna,Sabah.
221112@0955hrs(Khamis).

No comments:
Post a Comment