Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 13, 2012

SEBIDANG TANAH

SEBIDANG TANAH

Sebidang tanah
hasil usaha meneroka rimba
sumber rezeki penyambung nyawa
sepakat berkelompok berusaha
gah seantero dunia
usaha yang berjaya

usaha tersusun
warga tekun
hasil mahsul dihimpun
terbukti berjaya sudah berkurun
getah sawit merimbun

Kini ladang dalam bursa
papan saham ada penyata
warga gerun mengharap laba
turun naik harga semasa
meraba dalam gelita

Harga terkini jatuh lagi
sampai bawah paras rugi
warga ladang mengomel tak henti
tanah kami harta kami
kami usaha selama ini
risau ngeri di hati

Itulah tanah kami ada
sudah berkurun kami usaha
dalam membesar anak yang ada
sehingga anak kami berjaya
dalam hidup juga kerjaya

warga rimas dan cemas
keliru buntu menggalas
milik akan terlepas
jika harga terus terjejas

YHI
Segamat Johor
13112012

No comments:

Post a Comment