Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 24, 2012

~ Pusingan ~

~ Pusingan ~

Tak perlu kutanya-tanyakan
kerana jawapanya sudah dan sedang terisi
nyata di dada realiti

Tak perlu kupinta-pinta
kerana, dulu aku tak banyak memberi
aku cuma terdaya
melunasi tanggongjawab hakiki
tidak sekelumit kusimpan rasa terkilan
lantaran dijanjikan pusingan kehidupan
semalam, harini dan esok lusa
kita akan sampai pada jarum waktu dan peristiwa
walaupun tidak sama
tapi hampir serupa

Tak perlu kalian menebal kerisauan
kesendirianku kini
menepati pusingan azali
sampai saatnya kita akan jua kembali
ke pangkuan Illahi.

~msa: 24.11.12 sk443 ~

No comments:

Post a Comment