Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, November 26, 2012

PESAN OPAH

PESAN OPAH

Pesan opah.
”Cu, bila besar nanti
jangan lupa Tuhan.”

Pesan opah.
”Cu, bila besar nanti
jangan lupa asal usul.”

Pesan opah.
”Cu, bila besar nanti
jangan lupa kampong halaman.”

Pesan opah.
”Cu, bila opah dah tak ada
jangan lupakan opah.”

Opah
di pusaramu ini cucumu datang
dengan secangkir air mawar
dan senaskah kitab Yassin
kerana cucumu masih ingat
dan tidak pernah lupa
akan setiap pesanmu
kerana pesanmu pesan keramat
untuk kusimpan sebagai azimat.

Bismillahirrahmanirrahim…
Yaaasinnnn... .

Dan airmataku
gugur dalam sendu yang tertahan.

Qalam Bertinta
26112012
0427am

No comments:

Post a Comment