Opera Kehidupan
Kehidupan
tidaklah mewah
tapi meriah
indah,
taklah sempurna
tapi ala kadarnya sahaja
penuh drama
dan sketsa,
para pelakonnya
alam maya
dan seisi dunia,
pelakarnya
manusia-manusia
pengkarya
dan karya-karya mereka,
segala-galanya
ada kisah di sebalik kisah
ada resah di dalam lumrah
yang tersurat
dan tersirat.
Inilah pentasan
dari opera
kehidupan alam maya.
ss/spl/pm ... 05/11/2012.
taklah sempurna
tapi ala kadarnya sahaja
penuh drama
dan sketsa,
para pelakonnya
alam maya
dan seisi dunia,
pelakarnya
manusia-manusia
pengkarya
dan karya-karya mereka,
segala-galanya
ada kisah di sebalik kisah
ada resah di dalam lumrah
yang tersurat
dan tersirat.
Inilah pentasan
dari opera
kehidupan alam maya.
ss/spl/pm ... 05/11/2012.
No comments:
Post a Comment