Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 10, 2012

NOKTAHKAN PERSOALAN ITU.

Mengapa??
Persoalan yang menjentik hati,
dek rasa serba salah
kerna sering bertemu orang yang salah,
dalam pelarian membebaskan diri
kerap pula tersadung
jatuh terhempas di daerah yang sama
dalam tak sedar leka bercerita
hati terpaut sayang
namun, akal waras menegah
jangan dibubuh racun di dalam madu
jangan berumah di tepi pantai
jangan bermain api
jangan ditambah bara
kelak terbakar hati, panas membahang
hujan air mata pasti tak mampu memadamnya...

Persoalan perlu dijawab segera!!
Jangan dibiarkan tanpa noktah,
koma atau tanda soal juga perlu dielak,
apatah lagi dalam kurungan
pasti akan terpenjara dalam kemelut kasih
pasti sukar membebaskan diri
Adakah mahu terus terkurung??
Atau mohon untuk keluar dari situ??
Beribu pertanyaan, namun sukarnya bertemu jawapan...

Telah tersedar ia suatu kesilapan,
telah berhempas pulas ingin pergi
telah difikir beribu kali
telah berusaha untuk menjauh
dalam kalut membebaskan diri
terjatuh pula di daerah yang sama
lalu, bagaimana nakku menghindar??
yang pasti aku tak mahu ada hati tercalar luka,
biarpun dalam hati terdetik rasa sayang
biarpun dalam hati ingin bersua
namun, ku tak mahu ulangi kesilapan lagi...
lalu, kubiarkan angin membawanya pergi
jauh dari hati...

Liza Isma ~ mengajak diri merenungi kemelut di muara kasih~
10 November 2012/8.45pagi
Desa Pandan, KL.

No comments:

Post a Comment