Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 20, 2012

~ Namakanlah ~

~ Namakanlah ~

Sesuka rasa aku cuba menukil bicara
di antara rasa perasaan yang tak punya
rasa mahu membicarakan tentang aku
mahupun sesiapa.

Tukilan ini tak punya erti tersendiri
di antara kesendirian yang tak mungkin dimengerti
oleh sesiapa yang membaca nukilan ini
terutama oleh aku
oleh aku yang terbelenggu
ditambat jemu

Tidak tertemukan olehku sebarang istilah
tak tahu nakku namakan apakah
nukilan tanpa hayatku ini
entah di mana nafas dan nadinya
entah di mana paksi jarum seni puitisnya puisi

Aku kehilangan diri
tika jari jemariku kepingin terus menari.

~msa: 20.11.12 sk443~

No comments:

Post a Comment