~ moga bahagia milkmu ~
setelah terperosok dalam paya kehinaan
setelah aku terhumban dalam segala kepayahan
setelah tersisir antara ego dan riakmu
setelah aku tiada makna pada dirimu
dari jauh
aku panjatkan doa
agar kebahagiaan buatmu
agar segala kebaikkan buatmu
agar Tuhan berkati usahamu
pindahkanlah rumpun rindumu
pindahkanlah astana cintamu
pindahkanlah aliran kasihmu
pindahkanlah pelangi sayangmu
biarkanlah aku di sini
meraba dalam siang
bagai pengemis cinta dalam egomu
kerana aku faham kini
aku bukan lagi penghuni hatimu
moga engkau bahagia itu doaku buatmu
sibuta puisi
02112012
11.38am
Kelang Bandar DiRaja
dari jauh
aku panjatkan doa
agar kebahagiaan buatmu
agar segala kebaikkan buatmu
agar Tuhan berkati usahamu
pindahkanlah rumpun rindumu
pindahkanlah astana cintamu
pindahkanlah aliran kasihmu
pindahkanlah pelangi sayangmu
biarkanlah aku di sini
meraba dalam siang
bagai pengemis cinta dalam egomu
kerana aku faham kini
aku bukan lagi penghuni hatimu
moga engkau bahagia itu doaku buatmu
sibuta puisi
02112012
11.38am
Kelang Bandar DiRaja
No comments:
Post a Comment