Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 24, 2012

MENU SATU MALAYSIA

MENU SATU MALAYSIA
Di sebuah meja
beralas kain aneka warna
terhidang menu pelbagai rasa
buat santapan satu Malaysia

Di sana ketupat dianyam mesra
kemas dipotong segar aromanya
dikelilingi bilah-bilah lidi dengan daging dan kuah yang ramah
buat merangsang selera hadirin sedia meratah

Dari Bumi Kenyalang menunya buluh
di dalamnya ayam kampung pansuh
digaul sebati daun ubi
beras biris nasi wangi
linut Melanau dari tepung sagu
dicecah sambal pedas belacan Bintulu

Ayam bakar dipercik putih santan
laksam berkuah ikan
bersama sayur kacang, tauge dan belacan
yang enaknya nasi kerabu
pelbagai ramuan berkuah budu
itu Sajian Cik Siti Wan Kembang
Memikat selera sesiapa yang bertandang

Ini menu Selatan
pelbagai hidangan
nasi impit soto dan lontong
memikat hati pelancong
masakan laksa daripada spaghetti
bunga kantan, kuah ikan perisa kari
Tempe daripada kacang soya
dibuat sambal goreng enak perisa
tetamu bertandang pasti ceria

Lepat loi dan berasak dibungkus daun pisang
dimakan bersama masakan rendang
juadah istimewa hari raya
itulah Bugis empunya selera

Nasi Paprik, Tomyam dan nasi goreng Pattaya
Negara jiran asal-usulnya
masakan Utara kegemaran semua
nasi kandar dan laksa berkuah ikan
Pulau mutiara punya sajian

Ikan kering gulai batang keladi
Masak lemak cili api
Memang pedas sungguh menyelerakan
Negeri Sembilan punya penganan

Ayam, kambing, ikan masak kari
Dalam tempayan masak ayam tandhori
popedom tose dan nasi beriyani
Roti canai berkuah dalca
masakan India pelbagai rasa

Yee sang ba ku teh dan kacang ma
Makanan utama pada tahun baru Cina
Makan besar seisi keluarga
Pasti semua berasa bahagia

Dek keterbatasan ruang
Ada menu yang tidak terhidang
Pada kesempatan lain akan diusahakan

Itulah aneka menu Satu Malaysia
elok dinikmati seluruh warga
sehari bertandang tidak habis dinikmati
Esok lusa berkunjunglah lagi
sebagai simbol perpaduan bangsa
toleransi ke arah integrasi
demi mengikis sebarang tragedi

ilham:
Muhamad Amin Bin bacho
SMK Serian

No comments:

Post a Comment