MALAM DURJANA
"Di dalam dunia ni tak ada satu benda pun yang percuma", katanya dengan
tegas. Suaranya bagaikan halilintar membelah bumi. Begitu kuat
kedengarannya di ruangan pejabat penuh dengan meja-meja bisu sebagai
penonton. Degup jantung terhenti dan peluh menitik di dahi.
Mata melirik memandang jam tangan. Pukul sebelas malam. Benih penyesalan
mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tuhan, saya hanya mahu
menyiapkan tugasan kerja yang perlu dihantar segera esok. Jika saya tahu
ini yang akan terjadi, lebih baik awal-awal tadi saya mengikut rakan
sepejabat yang lain minum di kopitiam. Mereka semua tentunya sedang enak
menikmati kopi panas berserta roti bakar sambil bersembang kosong pada
waktu ini.
"Hei!!! Tumpukan perhatian!' bentaknya kasar. Air liur seakan tersekat di kerongkong.
Malam durjana yang seakan tiada akhirannya. Kalaupun dia tidak membunuh
saya dengan kedua tangannya, pasti saya akan tetap mati kerana kitaran
kardiak terhenti.
Apa agaknya yang akan dia minta sebagai
tukaran? Kalau dalam buku cerita dongeng kanak kanak, pasti apa yang
akan dia minta nanti adalah sesuatu yang melampaui kemampuan saya.
Adakah dia akan meminta pengabadian roh saya sebagai galang ganti?
''Nah, kamu ambil pisau ni dan potong jari kelingking kamu sekarang'', katanya.
Tersentak. Terbeliak mata. Terlopong mulut. Dagu seakan mahu terlucut
dari rahang. Dia mahukan jari saya? Tanpa berkelip, saya memandang tepat
ke wajahnyai. Dia sememangnya setan bertopengkan manusia. Kaki dan
tangan menggeletar kuat.
"Hahaha, Memang senang membaca reaksi
kamu. Aku dah kata yang aku ini bukan hantu. Apa sangat yang aku hendak
buat dengan jari kamu itu. Aku tak mintak apa-apa kecuali beberapa
syarat yang perlu kamu setujui" sambung makhluk itu lagi.
Sememangnya malam ini adalah malam yang hitam. Kesedaran diri hilang. Pitam..
-LM/HN 03112012-
:) Percubaan menulis cerita seram.. :)
"Hei!!! Tumpukan perhatian!' bentaknya kasar. Air liur seakan tersekat di kerongkong.
Malam durjana yang seakan tiada akhirannya. Kalaupun dia tidak membunuh saya dengan kedua tangannya, pasti saya akan tetap mati kerana kitaran kardiak terhenti.
Apa agaknya yang akan dia minta sebagai tukaran? Kalau dalam buku cerita dongeng kanak kanak, pasti apa yang akan dia minta nanti adalah sesuatu yang melampaui kemampuan saya. Adakah dia akan meminta pengabadian roh saya sebagai galang ganti?
''Nah, kamu ambil pisau ni dan potong jari kelingking kamu sekarang'', katanya.
Tersentak. Terbeliak mata. Terlopong mulut. Dagu seakan mahu terlucut dari rahang. Dia mahukan jari saya? Tanpa berkelip, saya memandang tepat ke wajahnyai. Dia sememangnya setan bertopengkan manusia. Kaki dan tangan menggeletar kuat.
"Hahaha, Memang senang membaca reaksi kamu. Aku dah kata yang aku ini bukan hantu. Apa sangat yang aku hendak buat dengan jari kamu itu. Aku tak mintak apa-apa kecuali beberapa syarat yang perlu kamu setujui" sambung makhluk itu lagi.
Sememangnya malam ini adalah malam yang hitam. Kesedaran diri hilang. Pitam..
-LM/HN 03112012-
:) Percubaan menulis cerita seram.. :)
No comments:
Post a Comment