Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 4, 2012

Kurniaan Ilahi

Kurniaan Ilahi

Ya Allah!
Aku bersyukur
akan nikmat kurniaan-Mu
yang Engkau berikan kepada kami
dengan rahmat ihsan-Mu
yang Engkau perkenankan
berlimpah-limpahan
dari tanda kasih dan sayang-Mu
memayungi kami
menyinari kami
hamba-hamba dhaif-Mu
yang amat mengasihi diri-Mu
dan mencintai Kamu
dan janganlah Engkau tariknya kembali
kerana kealpaan perbuatan kami
yang sentiasa menzalimi diri kami sendiri.

Sesungguhnya ya Allah!
Engkaulah Tuhan Yang Agung
tiada tuhan yang disembah
melainkan Kamu
Tuhanku.

Amin, amin, amin Yarabal'alamin.

No comments:

Post a Comment