Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 22, 2012

GAZA: KAU AKAN SELAMAT JUA

GAZA: KAU AKAN SELAMAT JUA
Api dendammu kian membara
tanpa belas kauterus mara
serakahnya peluru-peluru berpandu
angkuh menembusi dada-dada syahdu
kerakusan dan keegoanmu
telah meragut ratusan nyawa
ribuan lagi lemas tak bermaya

Regim Zionis yang celaka
kami tak akan berdiam sahaja
usah fikir kauboleh terus bermaharalela
kami akan teus bermunajat
bersendikan doa dan solat hajat
apa sahaja jenama yang kaubanggakan
semuanya akan kami pinggirkan

Warga Gaza
dengan semangat waja
dengan penuh redha dan taqwa
tegak berdiri bersamamu
kami akan membidik senjata-senjata restu
Walaupun keringat pilu
gagah kami bersatu
demi kesinambungan leluhur
yang telah lama tersungkur tanpa kubur

Bersama kesucian dan keikhlasan hati
kusajikan sejambak doa dan simpati
semoga mendapat restu Ilahi

Cetusan rasa:
Muhamad Amin
SMK Serian
23 November 2012

No comments:

Post a Comment