Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 17, 2012

BUNGA SAKURA

BUNGA SAKURA

Bunga sakura
Untung nasibmu seawal kelopak mudamu
Nyanyian yang kau sampaikan semerdu lunak suara
Getaran di jiwa selalu cemburukan tentang dirimu
Aku suka kuntum di hatimu.

Sesekali aku menatap pada setiap jutaan kelopakmu
Acap kali jua aku termangu kerana risaukan musim luruh
Kerisauan di hatiku bersimpang dalam banyak hala tuju
Usia yang kau ada selalunya berakhir pada surut musim luruh
Resahku kian celaru
Apabila hati turut mejangka hidupmu yang akan berlabuh.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
21.03.2011 @ 1635 hrs. (Isnin).


BUNGA SAKURA (II)

Berabad lamanya tersusun indah kelopak bunga di rantingnya
Usia yang dilayari mencengkam pada zaman remajanya
Nadi bergetar merungkai kasih tentang kuntum bunga-bunganya
Gugusan musim salju menyapa indah mimpinya
Ayunya dilihat bersama hati tertawan gugur daun-daunnya.

Sakura bunga pancawarna bermandi bias sejuknya salju
Antara yang terindah menjadi hiasan penorama
Kerdilnya bukan pada dahan dan daun-daun yang hijau
Usia tuanya ada dalam muda warnanya
Rahasia kedewasaannya meniti sanjungan kalbu
Awal akhir hidup kuntum bunganya pada salju yang merata.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
26.03.2011@1440hrs(Sabtu).


BUNGA SAKURA (III)

Tawa dan senyum yang aku kumandangkan kini kutangisi
Bertaburan bersama bias salju di bahu fujiama cemerlang
Di sana ada seberkas cinta yang telah aku dambakan abadi
Aku sangka sejuk mendungnya salju sampai ke petang
Rupanya panas tumpah di tengah hari
Yang meragut rasa kasih dan sayang
Selepas badai tsunami berlari
Kelopak bunga sakura sudah tidak didendang
Kerana luruhnya daun-daun hijau dibaluti kematian bersiri
Akulah bunga sakura yang mati tidak disanjung.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
26.03.2011@1535hrs(Sabtu).


BUNGA SAKURA (IV)

Indah rupa bunga sakura
Harumnya sampai ke tanjung dunia
Suka dan duka bunga sakura
Tidak seorangpun turut berhiba
Kerana bunga sakura
Hanyalah kaya dengan rupa dan warna
Tiada makna
Cuma dahan dan ranting semata
Cacatnya gugur bersama ranggi bunga-bunganya
Hilangnya
Pada setiap hati meminta
Rindunya pada setiap dambaan cintanya
Bukan pada celupar karismanya.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
26.03.2011@1555hrs(Sabtu).


BUNGA SAKURA (V)

Saat terkilan rasa
Menerima khabar hitam tsunami
Yang membadai raut waja bunga-bunga sakura
Piagam di bahumu tercalar waktu bendera berkibar melambai
Hamparan putih dan satu titik merah yang telah terluka
Kau bunga sakura dengarkan nukilan ini
Yang kutitipkan pada puisi bersulam bait kata-kata
Tentang kisah azali
Tentang halaman suka ria
Tentang sebuah janji
Yang kini menjadi pohon duka
Sakura bunga indah berdirilah lagi
Agar aku dapat rimbunkan syair sehingga ke tanjung dunia
Demi berhentilah raung tangis ini
Rasa sayang membara duka bulat gembira
Dan dahanmu pun moga akan berseri wangi lagi
Saat ranting-rantingmu rapuh merana
Bangunlah dari dentuman belaian mimpi ngeri
Jangan melutut di hujungnya duka.

Sakura bunga indah
Pandanglah aku yang turut luka parah
Janganlah biarkan kelopakmu dilatam dijajah
Berdirilah segagah bendera putih di tengahnya titik merah.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
29.03.2011@0150hrs.(Selasa).

No comments:

Post a Comment