Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 23, 2012

~ Azimat Cinta ~

~ Azimat Cinta ~

Diintai, diterjah, diabai
didera, itulah dirimu
menghukum bicara
azimat cinta bersepai
pelupuk kasih terhumban

Keegoaan membuai
lena diri, megah
bagaikan burung
gagak, namun
hitam jua lakumu

Dipersenda azimat cinta
mencarik sayap rindu
merobek kalbu buana
rawan kasih tidak
terubat

Berseloka menabur
cinta, membisik
germawan rindu
dipijak bertalu
kejamnya bagaikan zionis

Bertempik memukul
canang cinta, kata
setia hancur lebur
keikhlasan hangus
terbakar dalam diri...

'Azimat Cinta'...aku adalah aku, tidak akan berubah atau goyah kerana azimat cintamu...

23hb Nov 2012 Jumaat
12.57pm
snq ♥

No comments:

Post a Comment