Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, November 26, 2012

AKU ASING DI SINI

AKU ASING DI SINI

Kujengah luar jendela
Celahan langsir tingkat dua puloh di dada kota
Keindahan kerlipan neon yang mempersona
Tali arus tidak putus
Perlahan di jalan deretan kenderaan
Bas dan kereta sarat muatan
Masing-masing ada haluan

Di sana
Gedung dan pasaraya
Promosi hebat perbelanjaan jimat
Memikat pengunjung jauh dekat

Berduyun keluar masuk
Wajah riang seronok
Menyorong troli penuh isi
Isteri senyum suami sepi

Teruna dara beriringan
Berpimpin tangan wajah riang
Barang tidak seberapa tetapi senyum bahagia
Bermula kasih di lautan cinta

Inilah kota
Berhutan batu bertingkap kaca
Prasarana siap siaga
Dengan lautan manusia
Pelbagai wajah rupa

Aku asing di sini
Tidak betah lama
Cintaku pada kehijauan rimba
Pada bendang paya
Siulan unggas
Ilhamku.

YHI
Segamat Johor
26112012

No comments:

Post a Comment