Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 3, 2012

AKU ADA SEBUAH SAJAK

AKU ADA SEBUAH SAJAK

Aku ada sebuah sajak
Kisahkan buana meriak
Ungkitkan kisah rajuk.

Ada dalam tiada
Dalam ada semua ada
Adab berbunga taman tema.

Sebuah sajak lama
Embun menitis gerimis merata di mata
Berbalam ucap di bibir berdoa
Usia digarap dimamah indah masa
Akhirnya menjadi seorang pahlawan tua
Hulubalang ternama.

Sajak ini aku yang cipta
Aku anyam dengan bahasa melayu purba
Jalinankan nafas sejenak aku menghela
Adakan nyawa
Kerana telah uzur dalam tua.

Nukilan Pencinta puisi.
Bayu.
Segamat,Johor.
031112@2001hrs (Sabtu).

No comments:

Post a Comment