Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 24, 2012

RAJA SEHARI

RAJA SEHARI

Senyum riang sampai telinga
Kepuasan terbayang wajah ceria
Pengunjung baru dan lama
Mesra dilayan
Hajat dipenuhi
Bersama gaya dan selera
Moden tradisi pelbagai tema
Songket sutera pelbagai warna
Semua jenama cukup terpelihara

Penuh sesak tidak kisah
Semua tetamu dilayan berhemah
Tingkat atas tingkat bawah
Pembantu Pak Abu semua peramah

Tawar menawar sudah biasa
Pelbagai pakej telah disedia
Pelbagai mutu paras harga
Tempahkan saja ikut upaya

Pakej pelamin bermutu tinggi
Duduk bersanding raja sehari
Berwajah anggun nampak berseri
Semua tetamu turut memuji

Lauk pauk hidangan ditempah
Pinggan mangkuk jenama mewah
Gubahan kreatif juga terserlah
Tidak jemu selera menjamah

Ibu ayah di muka pintu
Berkain songket busana baru
Tetamu jemputan sudah dijamu
Menghulur salam menyeluk saku

Paluan kompang mengiring adat
Persembahan tangkas pencak silat
Rombongan datang membawa hajat
Disambut kadi tangan berjabat

Dahulu majlis sirih junjung
Adat budaya yang kita sanjung
Berbalas pantun bukan bertarung
Bersuka ria budaya dijunjung

Cincin permata disarung manis
Sebagai kemuncak acara majlis
Jodoh pertemuan sudah tertulis
Haruman mawar turut direnjis.

YHI
Segamat Johor
24102012

No comments:

Post a Comment