Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 4, 2012

MENDUNG TAK BERERTI HUJAN

MENDUNG TAK BERERTI HUJAN

Bergumpalan awan gelap kupandang
tiada cahaya menembusi alam
bagai melontarkan aku pada kenangan
tergoyang hidupku oleh keadaan
bukan sekadar kehilangan kasih dan sayang
aku rebah dalam perhitungan
yang tidak pernah aku rancangkan.

Mendung tidak bererti hujan
ketandusan tidak akan berpanjangan
tangisan dan rintihan bukan kegagalan
kerana aku tidak pernah keseorangan
Allah yang kukasih penawar hidupku
bukan takdir yang dipersalahkan
kita diberi kebebasan dan pilihan
hanya masa yang menentukan.

Setiap hari silih berganti
biarpun mendung meliputi awan
yakinlah akan ada sinar kebahagiaan
buatmu insan yang kusayang
kerana perjalanan hidup ini
adalah anugerah istimewa
dari Dia Yang Maha Penyayang.

AMIRAH AMIR
04102012 1.18PM

No comments:

Post a Comment