Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 26, 2012

AKU TIDAK PANDAI

AKU TIDAK PANDAI

Aku tidak pandai mengata kamu
Aku tidak pandai mengumpat kamu
Aku tidak pandai memaki kamu
Aku tidak pandai menghamun kamu
Aku tidak pandai menipu kamu
Aku tidak pandai mendustai kamu
Aku tidak pandai membohongi kamu
Aku tidak pandai mengaku di khalayak ramainya kamu
Aku tidak pandai menyetujui tuduhan daripada kamu
Aku tidak pandai bersumpah hanya kerana memuaskan kamu
Aku tidak pandai membuat bidaah bermacam kepada kamu
Aku tidak pandai turunkan ilmu kepada kamu.

Yang aku pandai menidakkan perbuatanku
Yang aku pandai adalah putarbelit caraku
Yang aku pandai adalah membuat sasau kacau
Yang aku pandai adalah merusuh melampau
Yang aku pandai adalah calitkan warna gincu
Supaya bangsaku selamanya ingat selalu
Selepas tukul siapa paku
Selepas paku ditukul diluku
Siapa yang akan ambil peduli dan ingin tahu
Setelah ketiadaanku
Tentang suku-suku bangsaku.


Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Kg.Air,Semporna,Sabah.
230912@2319hrs.

No comments:

Post a Comment