Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, September 30, 2012
Belalang Oh Belalang
Belalang Oh Belalang
Belalang oh belalang
kenapa pohon bergoyang?
"Macam mana pohon tak bergoyang
ada ular sedang melingkar kekenyangan
tidur berdengkuran"
Belalang oh belalang
kenapa engkau berdesiran?
"Macam mana aku tak berdesiran
perutku telah kekenyangan
jadinya! ... kakiku turut bergoyangan"
Belalang oh belalang
kenapa engkau 'loyar buruk'?
"Eh! ... aku 'loyar buruk' ke?
tak perasan pulak aku
aku ingat engkau yang mahukan penjelasan
dari sebuah pertanyaan"
Ada gak yang nak kena goreng karang ni!
Belalang oh belalang.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
tidur berdengkuran"
Belalang oh belalang
kenapa engkau berdesiran?
"Macam mana aku tak berdesiran
perutku telah kekenyangan
jadinya! ... kakiku turut bergoyangan"
Belalang oh belalang
kenapa engkau 'loyar buruk'?
"Eh! ... aku 'loyar buruk' ke?
tak perasan pulak aku
aku ingat engkau yang mahukan penjelasan
dari sebuah pertanyaan"
Ada gak yang nak kena goreng karang ni!
Belalang oh belalang.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
KESEMPATAN YANG TERSINGKAT
KESEMPATAN YANG TERSINGKAT
Aku tahu
betapa hancurnya hatimu
zuriat yang kaukandung
sembilan bulan sepuluh hari
hanya sempat kausentuh
hanya sempat kautatap
dan hanya sempat kaudakap
dalam detik waktu
yang terlalu singkat
sebelum ianya dikembalikan
kepada Penciptanya.
Aku tahu
sukar untuk kaumenerimanya
hilangnya insan yang memang kaunantikan
namun aku juga tahu
kaupunya kekuatan tersendiri
kerana kaumenyedari
janji Allah itu pasti.
Dan aku juga tahu
walau dalam keterpaksaan
hatimu redha melepaskannya
tanpa sedikit ada rasa sesal
cuma titisan airmatamu
yang bercerita tentang pedihnya
satu kehilangan.
Namun yakinlah olehmu
di sana nanti
kecintaanmu akan menunggumu
menyambutmu dengan senyuman
memimpin tanganmu
melangkah ke syurga abadi
untuk kaumelepaskan
semua rindumu
yang tidak sempat kauzahirkan
pada suatu ketika dulu.
Rindumu dan rindunya pasti bersatu!... .
Qalam Bertinta
30092012
2145pm
Puisi ini QB dedikasikan kepada semua ibu-ibu yang pernah kehilangan
anak semasa mereka masih lagi bayi dengan harapan ibu-ibu ini sabar dan
menerima semua ketentuanNya dengan penuh keredhaan. Al-fatehah…
hanya sempat kausentuh
hanya sempat kautatap
dan hanya sempat kaudakap
dalam detik waktu
yang terlalu singkat
sebelum ianya dikembalikan
kepada Penciptanya.
Aku tahu
sukar untuk kaumenerimanya
hilangnya insan yang memang kaunantikan
namun aku juga tahu
kaupunya kekuatan tersendiri
kerana kaumenyedari
janji Allah itu pasti.
Dan aku juga tahu
walau dalam keterpaksaan
hatimu redha melepaskannya
tanpa sedikit ada rasa sesal
cuma titisan airmatamu
yang bercerita tentang pedihnya
satu kehilangan.
Namun yakinlah olehmu
di sana nanti
kecintaanmu akan menunggumu
menyambutmu dengan senyuman
memimpin tanganmu
melangkah ke syurga abadi
untuk kaumelepaskan
semua rindumu
yang tidak sempat kauzahirkan
pada suatu ketika dulu.
Rindumu dan rindunya pasti bersatu!... .
Qalam Bertinta
30092012
2145pm
Puisi ini QB dedikasikan kepada semua ibu-ibu yang pernah kehilangan anak semasa mereka masih lagi bayi dengan harapan ibu-ibu ini sabar dan menerima semua ketentuanNya dengan penuh keredhaan. Al-fatehah…
Bila Aku Berkata Tidak
Bila Aku Berkata Tidak
tidak akan ada apa lagi yang mahu aku bilangkan
titik! ... tahu tak apa maknanya titik?
Titik itu bermakna noktah
tamat - itulah penyudahnya
dari sketsa sebuah bicara
yang tak akan mungkin aku tarik titiknya
biarkan sahaja di titik tamatnya.
Aku cukup pantang sebenar-benarnya
di tengah sesuatu perjalanan yang indah
dan sedang menikmati kecantikan panorama
yang bukan bercengkerama
di bawah lampu minyak tanah
ada pula yang menyergah
"Bang berhenti sekejap ya bang kat mana-mana perhentian
perut tengah memulaslah pulak"
Pantang sungguh aku
kalau ada yang mengganggu permanduanku begitu
pada hal telah pun aku bertanya
sebelum perjalanan aku mula
Bilangku:
"Ada sesiapa yang nak ke tandas! ... silakan ya!
Jangan sampai di tengah jalan
barulah mula hendak mengada-ngada"
Aku dah bilang ...kan!!!
Sekarang engkau ke tandas
aku tinggalkan engkau di perhentian.
Babye ... bila aku berkata tidak.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
dari sketsa sebuah bicara
yang tak akan mungkin aku tarik titiknya
biarkan sahaja di titik tamatnya.
Aku cukup pantang sebenar-benarnya
di tengah sesuatu perjalanan yang indah
dan sedang menikmati kecantikan panorama
yang bukan bercengkerama
di bawah lampu minyak tanah
ada pula yang menyergah
"Bang berhenti sekejap ya bang kat mana-mana perhentian
perut tengah memulaslah pulak"
Pantang sungguh aku
kalau ada yang mengganggu permanduanku begitu
pada hal telah pun aku bertanya
sebelum perjalanan aku mula
Bilangku:
"Ada sesiapa yang nak ke tandas! ... silakan ya!
Jangan sampai di tengah jalan
barulah mula hendak mengada-ngada"
Aku dah bilang ...kan!!!
Sekarang engkau ke tandas
aku tinggalkan engkau di perhentian.
Babye ... bila aku berkata tidak.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
Hipokrit! ... Kalau Boleh Aku Bilang.
Hipokrit! ... Kalau Boleh Aku Bilang.
Pernah dahulu aku bilang
aku ini suami orang
yang tak layak untuk engkau sayangkan
tapi kaubilang:
"sayang tak kisah abang
janji abang kepunyaan sayang,
sayang sanggup berkongsi kasih dan sayang"
Pernah juga aku bilang
jatuh cintalah kepada karya-karyaku
jangan jatuh cinta kepada aku
tapi kaubilang:
"sayang dah cuba abang
tapi sayang tetap mahukan abang
sayang amat menyintai abang"
Nah!! ... kenapa kini engkau pula yang bilang
engkau juga seorang perempuan
dan engkau tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan
seorang insan yang bernama perempuan
bila sang suami memadu kasih dan sayang
dan berlaku curang di belakang
bersama perempuan lain
dan menyemai bibit-bibit percintaan ... ,
hipokrit benar apa yang engkau bilang.
Pergilah engkau mulai dari sekarang
janganlah engkau berpaling ke belakang
kerana aku pula yang mahu bilang
kepadamu yang membuat aku bengang
bilangku:
"Hai hai - babye"
Titik! ... itu sahaja yang aku mahu bilang.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
tapi kaubilang:
"sayang tak kisah abang
janji abang kepunyaan sayang,
sayang sanggup berkongsi kasih dan sayang"
Pernah juga aku bilang
jatuh cintalah kepada karya-karyaku
jangan jatuh cinta kepada aku
tapi kaubilang:
"sayang dah cuba abang
tapi sayang tetap mahukan abang
sayang amat menyintai abang"
Nah!! ... kenapa kini engkau pula yang bilang
engkau juga seorang perempuan
dan engkau tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan
seorang insan yang bernama perempuan
bila sang suami memadu kasih dan sayang
dan berlaku curang di belakang
bersama perempuan lain
dan menyemai bibit-bibit percintaan ... ,
hipokrit benar apa yang engkau bilang.
Pergilah engkau mulai dari sekarang
janganlah engkau berpaling ke belakang
kerana aku pula yang mahu bilang
kepadamu yang membuat aku bengang
bilangku:
"Hai hai - babye"
Titik! ... itu sahaja yang aku mahu bilang.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
~ Bersamamu ~
~ Bersamamu ~
Di hati ini
terukir hanya namamu
di jiwa ini
terasa hanya dirimu
yang kuperlu
tak terungkap bicara
hanya mampu memendam rasa
suka dan cinta
kasih padanya
mana mungkin dapat meluah rasa
hanyalah renungan mata
tersenyum mengulit bahagia
waktu bersamamu
serasa cepat berlalu
sedang di hati mula rindu
entah bilakan dapat menatap wajahmu
hati yang bergetar
menahan segala rasa
kerana malu masih menebal di jiwa
ku mengharapkan kau memamahi
lenggok kias bahasa cinta
hanya dirimu yang kudamba
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 30092012 ~ 6.45 pm ~
~ Bersamamu ~
Di hati ini
terukir hanya namamu
di jiwa ini
Di hati ini
terukir hanya namamu
di jiwa ini
terasa hanya dirimu
yang kuperlu
tak terungkap bicara
hanya mampu memendam rasa
suka dan cinta
kasih padanya
mana mungkin dapat meluah rasa
hanyalah renungan mata
tersenyum mengulit bahagia
waktu bersamamu
serasa cepat berlalu
sedang di hati mula rindu
entah bilakan dapat menatap wajahmu
hati yang bergetar
menahan segala rasa
kerana malu masih menebal di jiwa
ku mengharapkan kau memamahi
lenggok kias bahasa cinta
hanya dirimu yang kudamba
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 30092012 ~ 6.45 pm ~
yang kuperlu
tak terungkap bicara
hanya mampu memendam rasa
suka dan cinta
kasih padanya
mana mungkin dapat meluah rasa
hanyalah renungan mata
tersenyum mengulit bahagia
waktu bersamamu
serasa cepat berlalu
sedang di hati mula rindu
entah bilakan dapat menatap wajahmu
hati yang bergetar
menahan segala rasa
kerana malu masih menebal di jiwa
ku mengharapkan kau memamahi
lenggok kias bahasa cinta
hanya dirimu yang kudamba
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 30092012 ~ 6.45 pm ~
~ Desiran Berbisik, Merindu Sayu ~
~ Desiran Berbisik, Merindu Sayu ~
Serambi berkasih tiupan rindu
gemersik sendu merintih kesayupan
tika lembayung cinta
dalam genggaman
terlucut jua di pinggiran sukma
Di saat gelungan membungkam
menyelubungi jiwa raga
kesunyian menyinggah
rentetan sepi bertinta
duka yang lara
Alunan mendayu sayu
untaian berkasih menjauh
bertitik-kan noktah terakhir
berlalu tika laungan hati
menjerit perih
Di dakapan yang menggigit
gelodak resah kian meruncing
parah memayungi
luka tersembur
berdarah tiada henti
Ke mana rantaian cinta
mekar jambangan
terkulai layu di dataran
terasing kedinginan
kepiluan
Dulunya diri disayangi
dimanjai dalam usapan
kasih, kini senyap
bagaikan halilintar
memanah musnah
Impian tergantung di persada
dilambung ombak kerinduan
pesona kehausan
di teratak mahligai
yang kelam dan suram
Tiada lagi hembusan kasih
di setiap rongga nafas cinta
yang bertiup syahdu
bila diri dibelai mesra
menggebu angsana
Kini punah segalanya
tika gemilangnya direntap
berdiri kaku, termanggu
hanya titisan manik
mulai berkaca
di pelupuk cinta...
'Desiran Berbisik, Merindu Sayu'...rebahku tiada daya...hanya meniti hari-hari terakhir...
30hb September 2012 Ahad
6.09pm
SNQ
terlucut jua di pinggiran sukma
Di saat gelungan membungkam
menyelubungi jiwa raga
kesunyian menyinggah
rentetan sepi bertinta
duka yang lara
Alunan mendayu sayu
untaian berkasih menjauh
bertitik-kan noktah terakhir
berlalu tika laungan hati
menjerit perih
Di dakapan yang menggigit
gelodak resah kian meruncing
parah memayungi
luka tersembur
berdarah tiada henti
Ke mana rantaian cinta
mekar jambangan
terkulai layu di dataran
terasing kedinginan
kepiluan
Dulunya diri disayangi
dimanjai dalam usapan
kasih, kini senyap
bagaikan halilintar
memanah musnah
Impian tergantung di persada
dilambung ombak kerinduan
pesona kehausan
di teratak mahligai
yang kelam dan suram
Tiada lagi hembusan kasih
di setiap rongga nafas cinta
yang bertiup syahdu
bila diri dibelai mesra
menggebu angsana
Kini punah segalanya
tika gemilangnya direntap
berdiri kaku, termanggu
hanya titisan manik
mulai berkaca
di pelupuk cinta...
'Desiran Berbisik, Merindu Sayu'...rebahku tiada daya...hanya meniti hari-hari terakhir...
30hb September 2012 Ahad
6.09pm
SNQ
PANTUN SIBUR-SIBUR PENGUBAT LARA
PANTUN SIBUR-SIBUR PENGUBAT LARA
Duduk termenung di tepi kolam
Indahnya telipuk berkembang mekar
Sibur-sibur comel hiasan alam
Penyejuk lara jiwa membakar
Sibur-sibur indah seni ciptaan
Ciptaan ALLAH tumpuan CINTA
Barang yang lepas buat pedoman
Kuatkan hati teguhkan jiwa
Riang berterbangan SiCekcibor
Hinggap menghinggap di kelopak kiambang
Menatap wajahnya hati terhibur
Alahai rindunya padamu abang
Kelabu, merah juga biru
Warna warni sesibur ciptaan ILAHI
Kenapa hati asyik berlagu
Di tubir mata wajahnya menari?
Dikau juga digelar pepatung
Menjadi kesukaan sianak kecil
Kepada Allah tempat bergantung
Jangan diri rasa terpencil
Merah hati warnamu juga
Sungguh hebat ciptaan Tuhan
Kejadianmu tiada sia-sia
Waktu sunyi dikau peneman
Ingin menjadi seperti kamu
Bebas berterbangan tampak ceria
Ya ALLAH berilah kekuatan pada jiwaku
Semoga hidup tiada duka
Di ruang udara sesibur bercanda
Sekejap ke kolam menjentik air
Pabila mendengar suaramu kanda
Rindu yang beku sudah mencair
Sesibur hinggap di rumpun buluh
Melepas lelah buat seketika
Andai di Luh MAhfuz tertulis jodoh
Hingga ke Syurga menyulam cinta
Sesibur berjeda di pinggir kali
Terbang jauh ke pohon selasih
Tetap menanti rahmat ILAHI
Untuk hidup bersamamu kasih
~Aniyus~
teratak nak roboh
30 Sept 2012
Sibur-sibur indah seni ciptaan
Ciptaan ALLAH tumpuan CINTA
Barang yang lepas buat pedoman
Kuatkan hati teguhkan jiwa
Riang berterbangan SiCekcibor
Hinggap menghinggap di kelopak kiambang
Menatap wajahnya hati terhibur
Alahai rindunya padamu abang
Kelabu, merah juga biru
Warna warni sesibur ciptaan ILAHI
Kenapa hati asyik berlagu
Di tubir mata wajahnya menari?
Dikau juga digelar pepatung
Menjadi kesukaan sianak kecil
Kepada Allah tempat bergantung
Jangan diri rasa terpencil
Merah hati warnamu juga
Sungguh hebat ciptaan Tuhan
Kejadianmu tiada sia-sia
Waktu sunyi dikau peneman
Ingin menjadi seperti kamu
Bebas berterbangan tampak ceria
Ya ALLAH berilah kekuatan pada jiwaku
Semoga hidup tiada duka
Di ruang udara sesibur bercanda
Sekejap ke kolam menjentik air
Pabila mendengar suaramu kanda
Rindu yang beku sudah mencair
Sesibur hinggap di rumpun buluh
Melepas lelah buat seketika
Andai di Luh MAhfuz tertulis jodoh
Hingga ke Syurga menyulam cinta
Sesibur berjeda di pinggir kali
Terbang jauh ke pohon selasih
Tetap menanti rahmat ILAHI
Untuk hidup bersamamu kasih
~Aniyus~
teratak nak roboh
30 Sept 2012
BELALANG MENCARI KEPAYANG
BELALANG MENCARI KEPAYANG
Engkau belalang
berasa malang
permainanmu pohon kepayang
rendang merimbun rindu di pandang
pohon kepayang tempat terlarang
bak daun beracun mereput tulang
ria tawamu berganti walang
pohon kepayang jauh di seberang
engkau belalang
ingin pulang
melihat pohon kepayang
di lantai hatimu menari sumbang
berlenggok girang bernada bimbang
pulangmu mencakar luka nan panjang
pohon kepayang menjadi padang
berumput batu dan terhalang
engkau belalang
akur, kudratmu kurang
akur, pada takdir pohon kepayang.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
:: AlangEynna::
Sept 30, 2012; 4:00pm.
pohon kepayang tempat terlarang
bak daun beracun mereput tulang
ria tawamu berganti walang
pohon kepayang jauh di seberang
engkau belalang
ingin pulang
melihat pohon kepayang
di lantai hatimu menari sumbang
berlenggok girang bernada bimbang
pulangmu mencakar luka nan panjang
pohon kepayang menjadi padang
berumput batu dan terhalang
engkau belalang
akur, kudratmu kurang
akur, pada takdir pohon kepayang.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
:: AlangEynna::
Sept 30, 2012; 4:00pm.
Belalang Perindu
Belalang Perindu
Belalang di atas daun
bukan pepohon
daunnya pula tidak merimbun
lekanya ia bermain embun
rangkaknya pula bersopan santun
bagai ...nak dara asyik berpantun
di laman bonda dia menyantun.
Belalang sedang meniti hari
mencari rezeki di waktu pagi
sesekali berkerincing belalang berbunyi
kaki digesel nyaring sekali
bagai si uda sedang menyanyi
di laman perindu berdendang nyanyi.
Belalang juga perindu sepi.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
rangkaknya pula bersopan santun
bagai ...nak dara asyik berpantun
di laman bonda dia menyantun.
Belalang sedang meniti hari
mencari rezeki di waktu pagi
sesekali berkerincing belalang berbunyi
kaki digesel nyaring sekali
bagai si uda sedang menyanyi
di laman perindu berdendang nyanyi.
Belalang juga perindu sepi.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
Belalang dan Aku, Dulu dan Kini
Belalang dan Aku, Dulu dan Kini
Imbau zaman kanak-kanakku
Seronok berlari tanpa sepatu
Di batas sawah yang sedikit berbatu
Sesekali memandang padi yang tunduk begitu
Aku riang tersenyum sipu
Dan di kala itu
Aku mengukir senyum malu
Teman sepermainan mula memujiku
Memuji kehebatanku
Menangkap belalang di dedaun padi itu
Hatiku semakin malu bak semalu
Setelah kucucuk di buluh runcing itu
Belalang itu kupanggang di situ
Emm..sedapnya sungguh terkedu
Bersama teman kunikmati selalu
Zaman remajaku menginjak kini
Sawah padi kukunjung lagi
Kali ini sungguh berlainan sekali
Belalang hanya kupandang sepi
Bertenggek di dedaunan padi
Aku cuba merapati
Ah..belalang itu melompat tinggi
Seakan tahu aku sudah tidak sudi
Bermain riang di sawah padi
Seperti zaman kanak-kanakku yang telah pergi
Kini aku bergelar isteri
Belalang masih setia menanti
Angin bayu sawah padi kunikmati
Mataku menatap seekor belalang lagi
Begitu asyik meratah daun padi
Ah..biarlah ia berdikari
Tidak sanggup aku menangkap lagi
Kerana belalang itu juga bererti
Bererti pada alam semulajadi
Aku mula melangkah pergi
Meninggalkan belalang sendiri
Pergiku membawa senyuman bererti
Belalang dan sawah padi menjadi sahabat sejati
Oh! Sungguh tidak terperi
~SA~
Aku riang tersenyum sipu
Dan di kala itu
Aku mengukir senyum malu
Teman sepermainan mula memujiku
Memuji kehebatanku
Menangkap belalang di dedaun padi itu
Hatiku semakin malu bak semalu
Setelah kucucuk di buluh runcing itu
Belalang itu kupanggang di situ
Emm..sedapnya sungguh terkedu
Bersama teman kunikmati selalu
Zaman remajaku menginjak kini
Sawah padi kukunjung lagi
Kali ini sungguh berlainan sekali
Belalang hanya kupandang sepi
Bertenggek di dedaunan padi
Aku cuba merapati
Ah..belalang itu melompat tinggi
Seakan tahu aku sudah tidak sudi
Bermain riang di sawah padi
Seperti zaman kanak-kanakku yang telah pergi
Kini aku bergelar isteri
Belalang masih setia menanti
Angin bayu sawah padi kunikmati
Mataku menatap seekor belalang lagi
Begitu asyik meratah daun padi
Ah..biarlah ia berdikari
Tidak sanggup aku menangkap lagi
Kerana belalang itu juga bererti
Bererti pada alam semulajadi
Aku mula melangkah pergi
Meninggalkan belalang sendiri
Pergiku membawa senyuman bererti
Belalang dan sawah padi menjadi sahabat sejati
Oh! Sungguh tidak terperi
~SA~
I LOVE YOU DAN BULU
I LOVE YOU DAN BULU
I love you darling untukmu,
Itu perkataan english yang aku tahu,
Janganlah selalu mengata diriku,
Sebab bulu ketiak kamu macam tembakau.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
300912@1209 hrs.(Ahad).
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
300912@1209 hrs.(Ahad).
WARNA-WARNI CINTAMU
WARNA-WARNI CINTAMU
Kasihku
Cintamu mewarnai kanvas hatiku
Yang dulunya putih dan kosong
Indah sungguh lukisan rindu
Gemalai jiwamu
Kasihku
Warna-warni cintamu
Memberi indah dalam hidupku
Meskipun dalam kejauhan ini
Rindu itu kepalang tanggung
Kasihku
Warna-warni cintamu
Menyemai mesra menyubur bahagia
Menguntum rindu mekar di jiwa
Resah gelisah terpa-menerpa
Mengenang dirimu jauh di mata
~Aniyus~
~teratak nak roboh~ 30 sept 2012~
*...psstttt
nak bersiram sat/sbb tu nama comot sbb pemalas sikit bermandi manda/jangan kasi tahu orang yerkk :P
Gemalai jiwamu
Kasihku
Warna-warni cintamu
Memberi indah dalam hidupku
Meskipun dalam kejauhan ini
Rindu itu kepalang tanggung
Kasihku
Warna-warni cintamu
Menyemai mesra menyubur bahagia
Menguntum rindu mekar di jiwa
Resah gelisah terpa-menerpa
Mengenang dirimu jauh di mata
~Aniyus~
~teratak nak roboh~ 30 sept 2012~
*...psstttt
nak bersiram sat/sbb tu nama comot sbb pemalas sikit bermandi manda/jangan kasi tahu orang yerkk :P
PANTUN JIWA COMOTOS
PANTUN JIWA COMOTOS
Pari-pari santap sibuah manggis
Para-para sakura sedang menari
Damailah hati jangan menangis
Cari penawar diri sendiri
Gadis desa asyik menjahit
Jahitan halus indah berseni
Sebelum manis pastilah pahit
Supaya hati lebih menghargai
Mudik ke hilir membawa diri
Aliran sungai sebagai peneman
Akhlak mulia hiasan peribadi
Kerana itu hati tertawan
Cerita didengar seindah khabar
Hati kecil tiada lara
Hidup berliku bentengnya sabar
Allah sentiasa bersama kita
Hebat sungguh tenunan tuan
Sungguh indah memikat rasa
Manakan mampu membuang tuan
Seumur hidup tiada kulupa
Si anak merbah riang berkicauan
Dicelah rerumpun mencari makan
Setelah pahit hadirnya kemanisan
Diawal susah akhirnya kemudahan
Burung murai riuh berkicau
Kiambang di kolam cantik menawan
Kalau qalbun seperti dikacau
Ambil wudhu' bacalah Al-Quran
Hening sungguh suasana pagi
Awan membiru cantik dipandang
Banyakkan zikir pada ILAHI
Agar hati menjadi tenang
~Aniyus~
~teratak nak roboh~
30/09/2012
(damailah hati yang rawan)
Gadis desa asyik menjahit
Jahitan halus indah berseni
Sebelum manis pastilah pahit
Supaya hati lebih menghargai
Mudik ke hilir membawa diri
Aliran sungai sebagai peneman
Akhlak mulia hiasan peribadi
Kerana itu hati tertawan
Cerita didengar seindah khabar
Hati kecil tiada lara
Hidup berliku bentengnya sabar
Allah sentiasa bersama kita
Hebat sungguh tenunan tuan
Sungguh indah memikat rasa
Manakan mampu membuang tuan
Seumur hidup tiada kulupa
Si anak merbah riang berkicauan
Dicelah rerumpun mencari makan
Setelah pahit hadirnya kemanisan
Diawal susah akhirnya kemudahan
Burung murai riuh berkicau
Kiambang di kolam cantik menawan
Kalau qalbun seperti dikacau
Ambil wudhu' bacalah Al-Quran
Hening sungguh suasana pagi
Awan membiru cantik dipandang
Banyakkan zikir pada ILAHI
Agar hati menjadi tenang
~Aniyus~
~teratak nak roboh~
30/09/2012
(damailah hati yang rawan)
KASIH KITA
KASIH KITA
kasih kita adakah seperti angin
yang menghembus lembut
laksana dedaun yang meliuk-liuk
kala disapa semilir angin?
atau adakah seperti lautan
yang luas terbentang -
tiada penghujung
dan mengalir tiada henti?
kita bagai pengembara cinta
dan musim ke musim adalah laluannya,
seperti matahari
engkau memberikan kehangatan
pada semusim yang sejuk membeku
hingga aku merindui setiap waktu bersamamu.
kubawa kasihmu di hati
umpama lautan untuk kamu
dan ombak itu aku,
langit untuk kamu
dan awan-gemawan itu aku
bersemi dan terus bersemi
walaupun musim gilir berganti...
kala disapa semilir angin?
atau adakah seperti lautan
yang luas terbentang -
tiada penghujung
dan mengalir tiada henti?
kita bagai pengembara cinta
dan musim ke musim adalah laluannya,
seperti matahari
engkau memberikan kehangatan
pada semusim yang sejuk membeku
hingga aku merindui setiap waktu bersamamu.
kubawa kasihmu di hati
umpama lautan untuk kamu
dan ombak itu aku,
langit untuk kamu
dan awan-gemawan itu aku
bersemi dan terus bersemi
walaupun musim gilir berganti...
JAMBATAN CINTA KITA
JAMBATAN CINTA KITA
Ayuh
mari kupimpin tanganmu
akan kubawamu ke jambatan itu
jambatan kasih
yang menghubungkan cinta kita
kita akan duduk di situ
bercerita dan saling merenung
memandang wajah awan
wajah-wajah kita
dan wajah-wajah cinta.
Kugenggam jemarimu
mengucup lembut dan menatap matamu
mata yang bening dan mempersonakan
sambil membisikkan padamu
betapa aku terlalu mencintaimu
lalu kaupun menunduk malu
merenung teratai di permukaan air
dan dengan perlahan
suaramu membisikkan
yang kaujuga amat menyintaiku
dan petang pun semakin berlalu.
Kita melangkah pulang
membawa kenangan terindah
yang pastinya akan tercipta lagi
di tempat yang sama
di jambatan itu
jambatan cinta kita
dan tirai malam pun berjatuhan!... .
Qalam Bertinta
30092012
1225
yang menghubungkan cinta kita
kita akan duduk di situ
bercerita dan saling merenung
memandang wajah awan
wajah-wajah kita
dan wajah-wajah cinta.
Kugenggam jemarimu
mengucup lembut dan menatap matamu
mata yang bening dan mempersonakan
sambil membisikkan padamu
betapa aku terlalu mencintaimu
lalu kaupun menunduk malu
merenung teratai di permukaan air
dan dengan perlahan
suaramu membisikkan
yang kaujuga amat menyintaiku
dan petang pun semakin berlalu.
Kita melangkah pulang
membawa kenangan terindah
yang pastinya akan tercipta lagi
di tempat yang sama
di jambatan itu
jambatan cinta kita
dan tirai malam pun berjatuhan!... .
Qalam Bertinta
30092012
1225
KEKASIH HAMBA
KEKASIH HAMBA
Manis-manis kelat si buah pala,
Sumbing bibirnya kekasih hamba,
Yang hamba tak mampu lupa,
Kalau dia marah ketawa juga.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
300912@1130 hrs.(Ahad).
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
300912@1130 hrs.(Ahad).
HANYA CINTA MENYINTAI CINTA
HANYA CINTA MENYINTAI CINTA
Meniti hari-hari bersama cintamu
membuatkan aku
seperti berada di persada dunia
mengukir keindahan
dengan warna pelangi kasihmu
lalu aku terbuai dalam asyik yang panjang.
Aku ingin kautahu
cinta ini telah lama ada
kukunci rapi dalam bilik hati
agar pada satu detik waktu
akan kupersembahkan padamu
ketika cintamu datang menyapa
bersama gemersik rindu yang tersulam.
Kita biarkan
cinta kita berganding seiring
menapaki laluan ke puncak bahagia
moga di atas sana nanti
kita berdua akan duduk bersanding
dalam ijab kabul yang suci
untuk menoktahkan cerita cinta ini
yang akan menjadi sejarah
dalam novel keabdian cinta kita.
Kita berdua tahu
hanya cinta mencintai cinta!... .
Qalam Bertinta
30092012
0947am
dengan warna pelangi kasihmu
lalu aku terbuai dalam asyik yang panjang.
Aku ingin kautahu
cinta ini telah lama ada
kukunci rapi dalam bilik hati
agar pada satu detik waktu
akan kupersembahkan padamu
ketika cintamu datang menyapa
bersama gemersik rindu yang tersulam.
Kita biarkan
cinta kita berganding seiring
menapaki laluan ke puncak bahagia
moga di atas sana nanti
kita berdua akan duduk bersanding
dalam ijab kabul yang suci
untuk menoktahkan cerita cinta ini
yang akan menjadi sejarah
dalam novel keabdian cinta kita.
Kita berdua tahu
hanya cinta mencintai cinta!... .
Qalam Bertinta
30092012
0947am
Aku dan Dia
Aku dan Dia
saling mencinta
membaja bahagia
mencari redha
menuju syurga
dijanjikan Yang Esa.
CNM
dijanjikan Yang Esa.
CNM
Kenangan
Kenangan
Hiruplah
udara segar hari ini
semahu-mahunya kamu
kerana udara hari ini
akan berlalu pergi
bersama sebuah
kenangan.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
akan berlalu pergi
bersama sebuah
kenangan.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
Benarkah Begitu Belalang?
Benarkah Begitu Belalang?
Teringat aku sebuah dialog
dalam filem Nujum Pak Belalang
yang menyentuh
hati dan ... perasaan aku ini.
Dialognya:
"Dah aku katakan belalang
tapi engkau tak mahu dengar
aku dah kata jangan lawan
tapi kaunak juga lawan
sekarang! ... ,
apa dah jadi - belalang"
"Belalang oh belalang"
Kita berhenti di situ
jangan berganjak
matikan di dialog tersebut
dan kita renungkan
barang sejenak
kemuncak
dari dialog itu.
Apa yang kamu semua nampak?
Apa yang kamu semua paham dari dialog itu?
Bagiku
dan mengikut kefahaman
acuan aku sendiri
maksudnya:
Menyesal dahulu pendapatan
menyesal kemudian, tiada berguna lagi
dan janganlah kita lakukan sesuatu
dan baru hendak menyesal
di tengah
pertengahan jalan.
"Tak ...gitu belalang?! ... ".
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
Dialognya:
"Dah aku katakan belalang
tapi engkau tak mahu dengar
aku dah kata jangan lawan
tapi kaunak juga lawan
sekarang! ... ,
apa dah jadi - belalang"
"Belalang oh belalang"
Kita berhenti di situ
jangan berganjak
matikan di dialog tersebut
dan kita renungkan
barang sejenak
kemuncak
dari dialog itu.
Apa yang kamu semua nampak?
Apa yang kamu semua paham dari dialog itu?
Bagiku
dan mengikut kefahaman
acuan aku sendiri
maksudnya:
Menyesal dahulu pendapatan
menyesal kemudian, tiada berguna lagi
dan janganlah kita lakukan sesuatu
dan baru hendak menyesal
di tengah
pertengahan jalan.
"Tak ...gitu belalang?! ... ".
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
BELALANG
BELALANG
Sakit. Pedih. Pilu.
Dia masih di situ. Duduk memeluk lutut di tengah sawah padi, menangis
hiba, meratap malang nasibnya. Terlindung oleh padi yang hampir ranum
kekuningan, airmatanya bagai punca air yang tak berpenghujung, mengalir
seakan tidak mahu berhenti. Mata yang sepet, kian membengkak tidak
dihiraukan. Sedu sedannya yang tak berirama kedengaran timbul tenggelam.
Peduli apa pada pandangan orang. Biarlah mereka berkata semahu mereka.
Yang dia tahu, hatinya retak seribu.
Yang dia rasa, dunianya telah hancur.
Yang dia mahu, putarkan kembali masa kepada hari semalam.
Yang dia impikan, menjejakkan kaki ke Menara Gading.
Yang dia ingin padamkan...bicara emak sebentar tadi yang memaksa dia menerima pinangan Penghulu Malek.
Seekor belalang panjang sejengkal melompat ke atas daun padi di
hadapannya. Semakin tunduk pokok padi ke bumi, lantaran menampung berat
si belalang.
Sang belalang merasa sedikit daun dihadapannya,
mungkin tidak menepati rasa, lalu meneruskan lompatan ke pokok padi
seterusnya..
Jeda.
Dia tidak ingin jadi belalang. Dia
tidak mahu hidupnya sama seperti hidup belalang. Memakan daun, melompat,
memakan daun lagi, sementara menunggu saat ada belalang jantan yang
memilihnya sebagai pasangan. Menetas. Makan dan membesar. Berpasangan.
Bertelur. Mati.
Tidak, dia tidak mahu kitaran hidup sebegitu. Hidup serupa mati, nama diingat sentiasa sebagai makhluk perosak.
Dia ingin menjadi seperti rama-rama. Dari telur kepada ulat bulu,
beluncas, pupa dan akhirnya keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang
bukan sahaja cantik tapi berbakti sebagai agen pendebungaan alam flora.
Emak..tolonglah fahami anakmu ini.
Esak tangisnya bertali arus. Hanya terhenti bila letih mengambil alih, lesu mengundang lena.
Tertidur dia di atas batas, bertilamkan tanah, berbedakkan debu di wajah.
Apa yang dia mimpikan? Belalang dan rama-rama?
Peduli apa pada pandangan orang. Biarlah mereka berkata semahu mereka.
Yang dia tahu, hatinya retak seribu.
Yang dia rasa, dunianya telah hancur.
Yang dia mahu, putarkan kembali masa kepada hari semalam.
Yang dia impikan, menjejakkan kaki ke Menara Gading.
Yang dia ingin padamkan...bicara emak sebentar tadi yang memaksa dia menerima pinangan Penghulu Malek.
Seekor belalang panjang sejengkal melompat ke atas daun padi di hadapannya. Semakin tunduk pokok padi ke bumi, lantaran menampung berat si belalang.
Sang belalang merasa sedikit daun dihadapannya, mungkin tidak menepati rasa, lalu meneruskan lompatan ke pokok padi seterusnya..
Jeda.
Dia tidak ingin jadi belalang. Dia tidak mahu hidupnya sama seperti hidup belalang. Memakan daun, melompat, memakan daun lagi, sementara menunggu saat ada belalang jantan yang memilihnya sebagai pasangan. Menetas. Makan dan membesar. Berpasangan. Bertelur. Mati.
Tidak, dia tidak mahu kitaran hidup sebegitu. Hidup serupa mati, nama diingat sentiasa sebagai makhluk perosak.
Dia ingin menjadi seperti rama-rama. Dari telur kepada ulat bulu, beluncas, pupa dan akhirnya keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang bukan sahaja cantik tapi berbakti sebagai agen pendebungaan alam flora.
Emak..tolonglah fahami anakmu ini.
Esak tangisnya bertali arus. Hanya terhenti bila letih mengambil alih, lesu mengundang lena.
Tertidur dia di atas batas, bertilamkan tanah, berbedakkan debu di wajah.
Apa yang dia mimpikan? Belalang dan rama-rama?
Kisah Pak Belalang
Kisah Pak Belalang
Inilah Alkisahnya,
Kisah si pakar temberang,
menujumnya hanyalah serkap jarang,
kemahirannya menipu auta,
akhirnya jadi menteri negara.
menteri kesayangan baginda.
Aduhai... .
@Bintang D hati
kemahirannya menipu auta,
akhirnya jadi menteri negara.
menteri kesayangan baginda.
Aduhai... .
@Bintang D hati
Cintakan Allah
Cintakan Allah
Berlapanglah dada
seandainya
kita terkecewa
kerana
cinta.
Kerana
di dalam dada
masih lagi
ada
cinta.
Cinta Allah SWT.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
cinta.
Kerana
di dalam dada
masih lagi
ada
cinta.
Cinta Allah SWT.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
AKU, BELALANG DAN KENANGAN
AKU, BELALANG DAN KENANGAN
Belalang kecilku
Kutangkap di halaman
Halaman teratak Tok Wan
Tok Wan yang penuh kasih sayang
Kasih sayang yang melimpah ruah
Belalang kecilku
Kuletakkan di dalam botol
Botol kaca yang jernih
Sejernih air di kali
Tempatku bermandi kenangan
Kenangan bersama Nek Wan
Nek Wan yang penuh pengertian
Belalang kecilku
Sepit kakinya telah patah
Patah di hati dapatkah ganti
Ganti Tok Wan Nek Wan yang telah pergi
Pergi menemui KEKASIH sejati
Belalang kecilku
Melompat-lompat nak lari
Lari dari penjara ini
Inilah kehidupan
Kehidupan silih berganti
Berganti siang dan malam
Malam-malam termenung sendiri
Sendiri mengubat hati
Hati rawan tiada keruan
Belalang kecilku
Adalah kenangan
Kenangan terindah
Terindah menyulam rindu
Rindu berselimut sendu
Sendu berpanjangan
Berpanjangan dalam mengenangmu
Mengenangmu Tok Wan dan Nek Wan
~Al-Fatihah~
(manesfetasi rinduku pada zaman anak-anak, kenangan terindah bersama Nenek dan Atuk)
~Aniyus~
29 Sept 2012
Kasih sayang yang melimpah ruah
Belalang kecilku
Kuletakkan di dalam botol
Botol kaca yang jernih
Sejernih air di kali
Tempatku bermandi kenangan
Kenangan bersama Nek Wan
Nek Wan yang penuh pengertian
Belalang kecilku
Sepit kakinya telah patah
Patah di hati dapatkah ganti
Ganti Tok Wan Nek Wan yang telah pergi
Pergi menemui KEKASIH sejati
Belalang kecilku
Melompat-lompat nak lari
Lari dari penjara ini
Inilah kehidupan
Kehidupan silih berganti
Berganti siang dan malam
Malam-malam termenung sendiri
Sendiri mengubat hati
Hati rawan tiada keruan
Belalang kecilku
Adalah kenangan
Kenangan terindah
Terindah menyulam rindu
Rindu berselimut sendu
Sendu berpanjangan
Berpanjangan dalam mengenangmu
Mengenangmu Tok Wan dan Nek Wan
~Al-Fatihah~
(manesfetasi rinduku pada zaman anak-anak, kenangan terindah bersama Nenek dan Atuk)
~Aniyus~
29 Sept 2012
KAPAN BISAKAH LAGI
KAPAN BISAKAH LAGI
Kapan bisakah lagi,
Amuk rindu ini berhenti,
Pada gelap malam tua begini,
Aku senandung rindu di hati,
Nangis kecil di balukar bening sunyi.
Bisakah lagi,
Iringi langkah gontai ini,
Sesaat kekadang bisa kutangisi,
Aksi kasih memaki,
Kesal kini kumiliki lewat dinihari,
Aku pun menyendiri,
Hapuskan sedih bayang-bayang mimpi.
Limbungan rindu kapan bisakah lagi,
Aku mampu menunggu lebih lama,
Gamitan kasih yang suci,
Indahnya menyusup pilu berakar di sukma.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@2337 hrs.(Sabtu).
Nangis kecil di balukar bening sunyi.
Bisakah lagi,
Iringi langkah gontai ini,
Sesaat kekadang bisa kutangisi,
Aksi kasih memaki,
Kesal kini kumiliki lewat dinihari,
Aku pun menyendiri,
Hapuskan sedih bayang-bayang mimpi.
Limbungan rindu kapan bisakah lagi,
Aku mampu menunggu lebih lama,
Gamitan kasih yang suci,
Indahnya menyusup pilu berakar di sukma.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@2337 hrs.(Sabtu).
KERONCONG UDA DAN DARA
KERONCONG UDA DAN DARA
Kekasihku dara,
Esok uda ke kota,
Rai isi mimpi yang tersisa,
Oleh-oleh santapan jiwa,
Nanti malam bintang berbicara,
Cambah rajuk di sukma,
Obor cinta kita menyala-nyala,
Nyamankan panas tumpaskan duka,
Gilap calar-calar asmara.
Uda dan dara,
Damba hati sejiwa,
Ada kisah cinta tumbuh bagai pepohon bunga.
Di atas pelamin mata berkaca,
Adat menjadi saksi durja,
Nafas yang dihela terlanjur menjadi noda.
Dalam temasya gelora keramaian,
Aturan adat dan kebudayaan,
Resah membungkus kesal kekusutan,
Abadi sayu uda dan dara bersanding tak berpalamin.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@1317 hrs.(Sabtu).
Nanti malam bintang berbicara,
Cambah rajuk di sukma,
Obor cinta kita menyala-nyala,
Nyamankan panas tumpaskan duka,
Gilap calar-calar asmara.
Uda dan dara,
Damba hati sejiwa,
Ada kisah cinta tumbuh bagai pepohon bunga.
Di atas pelamin mata berkaca,
Adat menjadi saksi durja,
Nafas yang dihela terlanjur menjadi noda.
Dalam temasya gelora keramaian,
Aturan adat dan kebudayaan,
Resah membungkus kesal kekusutan,
Abadi sayu uda dan dara bersanding tak berpalamin.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@1317 hrs.(Sabtu).
Belalang
Belalang
suatu kejadian
indah menawan ciptaan Tuhan
memainkan peranan dalam kehidupan
boleh jadi agen pendebungaan
dalam koloni tumbuhan.
manusia juga jadikan makanan
rangup dan lemak dikatakan
kamu pernah makan?
aku belum menikmati kelazatan
mungkin suatu hari kena buat percubaan.
lain padang lain belalang
kata orang dulu-dulu memberi pesan
jadi jangan ambil ringan
perhatikan apa kiasan
moga jadi pedoman.
belalang oh! belalang.
CNM
dalam koloni tumbuhan.
manusia juga jadikan makanan
rangup dan lemak dikatakan
kamu pernah makan?
aku belum menikmati kelazatan
mungkin suatu hari kena buat percubaan.
lain padang lain belalang
kata orang dulu-dulu memberi pesan
jadi jangan ambil ringan
perhatikan apa kiasan
moga jadi pedoman.
belalang oh! belalang.
CNM
JELITA
JELITA
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada kelebihan,
Terdapat juga kekurangan,
Jiwa luhur tertambat di tiang perasaan,
Hati yang ikhlas mengemudi murni fikiran.
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada suara manja,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada senyum dan tawa,
Tiap insan yang dilahirkan,
Wajahnya juga tetap jelita,
Tiap insan yang dilahirkan,
Punyai tangan-tangan mencipta,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada juga yang buruk paras rupa,
Segalanya menidakkan penghinaan,
Tiap insan yang dilahirkan boleh bersuara,
Punyai kelebihan,
Tentang jelita,
Jangan terlalu perasan,
Anggun sekilau mutiara,
Suka meredah tasik nanah sanjungan,
Budi dan jasa jarang-jarang dibaja,
Selepas menjadi subur tersohor dan jagoan,
Tiap insan yang jelita,
Janganlah melupakan awal titik permulaan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0849 hrs (Sabtu).
Hati yang ikhlas mengemudi murni fikiran.
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada suara manja,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada senyum dan tawa,
Tiap insan yang dilahirkan,
Wajahnya juga tetap jelita,
Tiap insan yang dilahirkan,
Punyai tangan-tangan mencipta,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada juga yang buruk paras rupa,
Segalanya menidakkan penghinaan,
Tiap insan yang dilahirkan boleh bersuara,
Punyai kelebihan,
Tentang jelita,
Jangan terlalu perasan,
Anggun sekilau mutiara,
Suka meredah tasik nanah sanjungan,
Budi dan jasa jarang-jarang dibaja,
Selepas menjadi subur tersohor dan jagoan,
Tiap insan yang jelita,
Janganlah melupakan awal titik permulaan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0849 hrs (Sabtu).
~Ku Ingin Bebas~
~Ku Ingin Bebas~
Ketikaku berpisah denganmu,
Kurasa semuanya akan mudah,
Hanya memerlukan sedikit masa,
Untuk menyembuhkan luka di hati,
Tapi,
Ternyata kusalah,
Waktu terus berjalan,
Sudah cukup lama dan mungkin sudah lama sekali,
Luka ini tetap ada, dan tetap merindu,
Mengapa..
Mengapa kita bertemu..
Mengapa aku mencintaimu..
Kini..
Hanya sakit yang kurasa..
Hati ini tergores menjadi luka..
Tersayat perih dan takkan pernah hilang..
Apa harus seperti ini ?
Apa harus dirimu yang selalu kuingat ?
Kuingin terbebas..
Terbebas dari bayang-bayang dirimu..
~I.S.A.~
~Ku Ingin Bebas~
Ketikaku berpisah denganmu,
Kurasa semuanya akan mudah,
Hanya memerlukan sedikit masa,
Ketikaku berpisah denganmu,
Kurasa semuanya akan mudah,
Hanya memerlukan sedikit masa,
Untuk menyembuhkan luka di hati,
Tapi,
Ternyata kusalah,
Waktu terus berjalan,
Sudah cukup lama dan mungkin sudah lama sekali,
Luka ini tetap ada, dan tetap merindu,
Mengapa..
Mengapa kita bertemu..
Mengapa aku mencintaimu..
Kini..
Hanya sakit yang kurasa..
Hati ini tergores menjadi luka..
Tersayat perih dan takkan pernah hilang..
Apa harus seperti ini ?
Apa harus dirimu yang selalu kuingat ?
Kuingin terbebas..
Terbebas dari bayang-bayang dirimu..
~I.S.A.~
Tapi,
Ternyata kusalah,
Waktu terus berjalan,
Sudah cukup lama dan mungkin sudah lama sekali,
Luka ini tetap ada, dan tetap merindu,
Mengapa..
Mengapa kita bertemu..
Mengapa aku mencintaimu..
Kini..
Hanya sakit yang kurasa..
Hati ini tergores menjadi luka..
Tersayat perih dan takkan pernah hilang..
Apa harus seperti ini ?
Apa harus dirimu yang selalu kuingat ?
Kuingin terbebas..
Terbebas dari bayang-bayang dirimu..
~I.S.A.~
HARAPAN
HARAPAN
Aku bukan
penyanyi ternama ada penampilan lunak suara
pelakun handalan beraksi hebat menarik minat serta disanjung
pujangga berwibawa mampu menggarap bahasa berirama
pemimpin ulung bijak mentadbir juga dijunjung
ilmuan terbilang dan agung
aku cuma
insan jalanan tiada nama juga harta
punya harapan juga impian walau serba kekurangan
melakar kata bisikan halus suara hati
ingin menganyam bait-bait puisi
ada ilham yang terpendam
aku ingin
sebuah ketenangan yang hakiki
kebahagiaan ukhrawi dan duniawi
punya cinta yang sejati
tidak goyah diuji
YHI
Segamat Johor
29092012
pemimpin ulung bijak mentadbir juga dijunjung
ilmuan terbilang dan agung
aku cuma
insan jalanan tiada nama juga harta
punya harapan juga impian walau serba kekurangan
melakar kata bisikan halus suara hati
ingin menganyam bait-bait puisi
ada ilham yang terpendam
aku ingin
sebuah ketenangan yang hakiki
kebahagiaan ukhrawi dan duniawi
punya cinta yang sejati
tidak goyah diuji
YHI
Segamat Johor
29092012
HARAPAN
HARAPAN
Aku bukan
penyanyi ternama ada penampilan lunak suara
pelakun handalan beraksi hebat menarik minat serta disanjung
pujangga berwibawa mampu menggarap bahasa berirama
pemimpin ulung bijak mentadbir juga dijunjung
ilmuan terbilang dan agung
aku cuma
insan jalanan tiada nama juga harta
punya harapan juga impian walau serba kekurangan
melakar kata bisikan halus suara hati
ingin menganyam bait-bait puisi
ada ilham yang terpendam
aku ingin
sebuah ketenangan yang hakiki
kebahagiaan ukhrawi dan duniawi
punya cinta yang sejati
tidak goyah diuji
YHI
Segamat Johor
29092012
pemimpin ulung bijak mentadbir juga dijunjung
ilmuan terbilang dan agung
aku cuma
insan jalanan tiada nama juga harta
punya harapan juga impian walau serba kekurangan
melakar kata bisikan halus suara hati
ingin menganyam bait-bait puisi
ada ilham yang terpendam
aku ingin
sebuah ketenangan yang hakiki
kebahagiaan ukhrawi dan duniawi
punya cinta yang sejati
tidak goyah diuji
YHI
Segamat Johor
29092012
menanti senja
menanti senja
petang-petang begini
di beranda rumah gadang
figura ingatan tertumpah padamu
memandang bendang
camar enggan pulang
sedang hari telah hampir malam
senja berlabuh
di beranda rumah gadang ini
kumelihat kamu
dalam mata hatiku
semalam kita disatu
di sini
dalam riuh irama kuda kepang
rumah ini berpesta
hatimu entah di mana
kala itu
nyata bukan aku
dalam pamer mata jernih menikam
kutertunduk malu
dalam takut dan gulana
petang-petang begini
kutatap beranda dan laman ini
semua telah hilang
saat tanganmu kusambut
ia tidak kembali lagi
camar enggan pulang
sedang hari telah hampir malam
senja berlabuh
di beranda rumah gadang ini
kumelihat kamu
dalam mata hatiku
semalam kita disatu
di sini
dalam riuh irama kuda kepang
rumah ini berpesta
hatimu entah di mana
kala itu
nyata bukan aku
dalam pamer mata jernih menikam
kutertunduk malu
dalam takut dan gulana
petang-petang begini
kutatap beranda dan laman ini
semua telah hilang
saat tanganmu kusambut
ia tidak kembali lagi
Bersyukurlah!
Berlapanglah dada
bersyukurlah kita semua
selagi masih diberikan oleh-Nya
kelebihan rasa akan derita
derita cinta - derita yang penuh bernoda.
Rasa sedih walau kecewa
rasa pedih walau derita
rasa sakit walau diluka
dicalit cuka di atas kelukaannya
dicalit nista di bibir yang berdusta
bagai derita tiada penghujungnya.
Bersyukurlah kita ... ,
kerana itu yang sebaik-baiknya
yang harus dilakukan kita
kerana Allah SWT
masih lagi menyayangi kita
dengan memberikan kita sedikit dari dugaan-Nya.
Bersyukurlah! ... .
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
derita cinta - derita yang penuh bernoda.
Rasa sedih walau kecewa
rasa pedih walau derita
rasa sakit walau diluka
dicalit cuka di atas kelukaannya
dicalit nista di bibir yang berdusta
bagai derita tiada penghujungnya.
Bersyukurlah kita ... ,
kerana itu yang sebaik-baiknya
yang harus dilakukan kita
kerana Allah SWT
masih lagi menyayangi kita
dengan memberikan kita sedikit dari dugaan-Nya.
Bersyukurlah! ... .
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
Biar bersinar mataku sendu, biar berbinar gelakku sayu..
Biar bersinar mataku sendu, biar berbinar gelakku sayu..
Di sini langit bersendukan hujan
wajah manis basah dalam senyuman
dalam senandung gerimis
ada bait rindu yang terlantun untukmu
rintik mengalun dengan indah
Mata ini takmampu terpejam
walau sekejap pun
hanya bayanganmu itu yang terlihat
ketika kututup mataku
senyum indah itu mata berbinar sayu
Tidak berbinar
tidak syahdu
tidak pula sayu
seakan ribuan kalimat terpancar
dari balik kelopak mata itu
Bicara dalam hati yang sunyi
senyum terindah dan tatap matanya
memancar dalam sendu yang temaram
tersenyum dalam sayu yang berbinar
biar bersinar mataku sendu, biar berbinar gelakku sayu
~ amran azahari~
29 Sep 2012 - 04:43pm
rintik mengalun dengan indah
Mata ini takmampu terpejam
walau sekejap pun
hanya bayanganmu itu yang terlihat
ketika kututup mataku
senyum indah itu mata berbinar sayu
Tidak berbinar
tidak syahdu
tidak pula sayu
seakan ribuan kalimat terpancar
dari balik kelopak mata itu
Bicara dalam hati yang sunyi
senyum terindah dan tatap matanya
memancar dalam sendu yang temaram
tersenyum dalam sayu yang berbinar
biar bersinar mataku sendu, biar berbinar gelakku sayu
~ amran azahari~
29 Sep 2012 - 04:43pm
Saturday, September 29, 2012
Aku Mahu Lena
Aku Mahu Lena
Dalam redup mata kesayuan
Ada keluh resah dickiri dan kanan
Nun dicsana tasik tenang dan luas
Orang dimana-mana
Panas tidak juga hanya angin sepoi-sepoi bahasa...
Saat ini Aku hanya ingin pulang
Kembali kecpangkuan tilam dan bantal yang tercinta.
:P
Panas tidak juga hanya angin sepoi-sepoi bahasa...
Saat ini Aku hanya ingin pulang
Kembali kecpangkuan tilam dan bantal yang tercinta.
:P
Wau Ke Wow?
Wau Ke Wow?
Wau! - eh? ... wau ke wow?!
Macam ini ana boleh jadi kaya
Wau! - eh? ... wau ke wow?!
Macam ini ana boleh jadi kaya
satu orang 2000 darham
dua orang sudah jadi 4000 darham
lagi satu tahun ana boleh jadi 'milionair'lah
wau! - eh? - wow!
Alahai! ... waulah!.
Meniaga orang lagi untung
dari meniaga untalah
wau! - wow! ... bolehlah!.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
dua orang sudah jadi 4000 darham
lagi satu tahun ana boleh jadi 'milionair'lah
wau! - eh? - wow!
Alahai! ... waulah!.
Meniaga orang lagi untung
dari meniaga untalah
wau! - wow! ... bolehlah!.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
Cerita Wau
Cerita Wau
Wau
Wau itu
kamu yang kawal selia
sepertinya anak-anak
kamu yang mencorak
ke mana melayang
tinggi di awan
atau
tidak bisa terbang.
Wau itu
kamu yang terbangkan
bertalikan tangsi ajaran
jangan biar dipukul angin kesesatan
ia bisa merobek keimanan
terhumban ke lembah kehinaan
dimurkai Tuhan.
CNM
Hidup Umpama Wau
pabila lahir
kita seakan terbang
ke kiri dan ke kanan
mengikut lenggang lengguk angin
andai gagal mengawal diri
terhumban ke bumi
andai pandai tadbir urus diri
ke dada langit terbang tinggi...
CNM
Wau II
Wau yang aku kenali
badanmu dari buluh duri
diraut rapi dek tangan berseni
ukuran ditepati segenap segi
dicantum kemas berhati-hati
dipakaikan kertas berwarna-warni
indah pelbagai corak menghiasi
dipasangkan teraju dari tali tangsi
menunggu angin terbang tinggi
megah di dada langit bak pelangi
tersenyum riang pemilik berpuas hati...
CNM
SEORANG PEMANCING IKAN
SEORANG PEMANCING IKAN
Pernah memancing ikan?
kalau pernah ingin kubertanya padamu
apakah yang kaudapat dari memancing?
pastinya ikanlah jawapanmu.
Apakah lagi yang kaudapat?
gigitan nyamuk
mungkin itu juga jawapanmu
dan kutanya lagi
selain itu apakah yang kaudapat?
mungkin "bosan" jawapanmu.
Bagaimana pula kalau lama menunggu
namun masih belum ada ikan
yang menyentuh pancingmu?
aku masih dengan soalanku
dengan selamba mungkin ini jawapanmu
"cari tempat lain" atau "balik rumah".
Dan kutanya lagi soalan padamu
di akhir pancinganmu
apakah yang kaudapat?
dan jawapanmu mudah
kalau ada rezeki adalah
kalau tidak, pulanglah dengan tangan kosong.
Padaku, semua jawapanmu adalah benar
benar bagi seorang pemancing seperti kamu
cuma mungkin satu yang kaulupa.
Menjadi seorang yang penyabar!... .
Qalam Bertinta
29092012
1241
Apakah lagi yang kaudapat?
gigitan nyamuk
mungkin itu juga jawapanmu
dan kutanya lagi
selain itu apakah yang kaudapat?
mungkin "bosan" jawapanmu.
Bagaimana pula kalau lama menunggu
namun masih belum ada ikan
yang menyentuh pancingmu?
aku masih dengan soalanku
dengan selamba mungkin ini jawapanmu
"cari tempat lain" atau "balik rumah".
Dan kutanya lagi soalan padamu
di akhir pancinganmu
apakah yang kaudapat?
dan jawapanmu mudah
kalau ada rezeki adalah
kalau tidak, pulanglah dengan tangan kosong.
Padaku, semua jawapanmu adalah benar
benar bagi seorang pemancing seperti kamu
cuma mungkin satu yang kaulupa.
Menjadi seorang yang penyabar!... .
Qalam Bertinta
29092012
1241
Relakanlah..
Relakanlah..
Relakanlah untukku tambatkan
cintaku padamu
relakanlah hatiku memeluk
kemurnian budimu
sepenuh cintaku merindukan dirimu
seutuh gejolak membakar hatiku
Relakanlah dirimu
relakanlah terhina demi cinta
kerana andai kita bersungguh mencintai seseorang
maka relakanlah dirimu untuk menerima
menerima seadanya
baik buruknya
Ikhlaskanlah Hidayah itu datang
dan relakanlah dirimu sendiri
untuk tunduk padaNya
bidadariku sayang
engkau yang lupa diri ?
atau aku yang terlalu menghakimi ?
Alangkah indahnya dirimu
hatimu dan semua tentangmu
jika kau tak sia-siakannya
tinggalkanlah segala kemegahan rasa
dari setiap orang yang memujamu
dari setiap orang yang menghinamu dan menistakanmu
dari setiap orang yang tersakiti keranamu
Pulanglah
kerana aku masih berharap kau untuk kembali
pulanglah kembali bidadariku. . .
~ amran azahari~
29 Sep 2012 – 13:13H
sepenuh cintaku merindukan dirimu
seutuh gejolak membakar hatiku
Relakanlah dirimu
relakanlah terhina demi cinta
kerana andai kita bersungguh mencintai seseorang
maka relakanlah dirimu untuk menerima
menerima seadanya
baik buruknya
Ikhlaskanlah Hidayah itu datang
dan relakanlah dirimu sendiri
untuk tunduk padaNya
bidadariku sayang
engkau yang lupa diri ?
atau aku yang terlalu menghakimi ?
Alangkah indahnya dirimu
hatimu dan semua tentangmu
jika kau tak sia-siakannya
tinggalkanlah segala kemegahan rasa
dari setiap orang yang memujamu
dari setiap orang yang menghinamu dan menistakanmu
dari setiap orang yang tersakiti keranamu
Pulanglah
kerana aku masih berharap kau untuk kembali
pulanglah kembali bidadariku. . .
~ amran azahari~
29 Sep 2012 – 13:13H
JANGAN DIUCAPKAN –
♥ BuAt YaNg MeNgerTi ♥
JANGAN DIUCAPKAN – 29/09/2012
Jangan diucap selamat tinggal padaku
Keranaku tahu ucap itu bukan ikhlas darimu
Kerana masih ada rasa sayang dalam hatimu
Semua itu masih segar bagimu untukku
♥ NuR QaSeH iLa ADiLa - NQIAZAS ♥
Kerana masih ada rasa sayang dalam hatimu
Semua itu masih segar bagimu untukku
♥ NuR QaSeH iLa ADiLa - NQIAZAS ♥
JANGAN DIUCAPKAN –
♥ BuAt YaNg MeNgerTi ♥
JANGAN DIUCAPKAN – 29/09/2012
Jangan diucap selamat tinggal padaku
Keranaku tahu ucap itu bukan ikhlas darimu
Kerana masih ada rasa sayang dalam hatimu
Semua itu masih segar bagimu untukku
♥ NuR QaSeH iLa ADiLa - NQIAZAS ♥
Kerana masih ada rasa sayang dalam hatimu
Semua itu masih segar bagimu untukku
♥ NuR QaSeH iLa ADiLa - NQIAZAS ♥
TARIAN LAYANG-LAYANG
TARIAN LAYANG-LAYANG
Layang-layang
kauseperti beburung
bebas melayang
menari, melenggok penuh seni
pesona tiap mata memandang.
Namun jangan kaulupa
di bawah sana
ada pelayar yang mengemudimu
memaksamu mengikut tiap unjuran kemudinya
terkadang lembut
terkadang kasar
penuh waspada dan keraguan.
Dan pada yang memerhati tarianmu?
mengertikah mereka akan lenggokkanmu?
mengertikah mereka?
tarian hidup mereka juga
seperti bayangan tarianmu
tarian si lelayang!... .
Qalam Bertinta
29092012
1149am
pesona tiap mata memandang.
Namun jangan kaulupa
di bawah sana
ada pelayar yang mengemudimu
memaksamu mengikut tiap unjuran kemudinya
terkadang lembut
terkadang kasar
penuh waspada dan keraguan.
Dan pada yang memerhati tarianmu?
mengertikah mereka akan lenggokkanmu?
mengertikah mereka?
tarian hidup mereka juga
seperti bayangan tarianmu
tarian si lelayang!... .
Qalam Bertinta
29092012
1149am
SELEPAS HUJAN
SELEPAS HUJAN
selepas hujan
melakar kenangan
pelangi hilang tatkala petang
pesona senda di pentas dusta
asyik terleka dibuai warna
akhirnya terlena mimpi tiada,
selepas hujan
rajuk tari si rama-rama
basah dedaun hilang debunga
tersusun rasa dalam jaganya
sayap indah tiada serinya
ingin mentari mengubat duka,
selepas hujan
tanpa tangkai berbunga cendawan
tanpa hijau dedaun keriangan
hanya memetik angan
mencurah harap menitip pesan
tentang basah batas waktu yang meresahkan,
ingin mentari mengubat rawan
akan kering selepas hujan
terpujuk si rama-rama dengan debunga
akan mewarna pelangi seluruh jagat raya
dan selepas hujan
ada sinar yang menawan.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena~
::AlangEynna::
Sept 27, 2012; 4:45pm
asyik terleka dibuai warna
akhirnya terlena mimpi tiada,
selepas hujan
rajuk tari si rama-rama
basah dedaun hilang debunga
tersusun rasa dalam jaganya
sayap indah tiada serinya
ingin mentari mengubat duka,
selepas hujan
tanpa tangkai berbunga cendawan
tanpa hijau dedaun keriangan
hanya memetik angan
mencurah harap menitip pesan
tentang basah batas waktu yang meresahkan,
ingin mentari mengubat rawan
akan kering selepas hujan
terpujuk si rama-rama dengan debunga
akan mewarna pelangi seluruh jagat raya
dan selepas hujan
ada sinar yang menawan.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena~
::AlangEynna::
Sept 27, 2012; 4:45pm
WAU DI AWAN BIRU
WAU DI AWAN BIRU
Yang indah di awan biru,
Anak-anak corengan pun tahu,
Itu namanya wau,
Layangan yang diterbangkan seperti piatu,
Selamanya direka dicipta satu persatu,
Direnung jauh-jauh dari pantai tanjung kalbu.
Melayang dia juga,
Tali dipeggang dia juga,
Yang indah berawan larat dia juga,
Bunyi berdengung sahut bersambung dia juga,
Tak berbunyi pun dia juga,
Hati-hati menerbangkan ketinggiannya,
Tinggi di awan biru memanglah pesonanya,
Kalau putus talinya,
Sebenarnya kita telah membiarkannya,
Kehilangan nilai dirinya,
Lalu kita terasa,
Kehadiran dan ketiadaannya,
Kerana dia jugalah seni dan budaya kita.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0942 hrs (Sabtu).
Selamanya direka dicipta satu persatu,
Direnung jauh-jauh dari pantai tanjung kalbu.
Melayang dia juga,
Tali dipeggang dia juga,
Yang indah berawan larat dia juga,
Bunyi berdengung sahut bersambung dia juga,
Tak berbunyi pun dia juga,
Hati-hati menerbangkan ketinggiannya,
Tinggi di awan biru memanglah pesonanya,
Kalau putus talinya,
Sebenarnya kita telah membiarkannya,
Kehilangan nilai dirinya,
Lalu kita terasa,
Kehadiran dan ketiadaannya,
Kerana dia jugalah seni dan budaya kita.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0942 hrs (Sabtu).
Sang Pelayang
Sang Pelayang
Seksa perihnya hati,
diunjur direntap semaumu,
kemanapun pergiku kau kemudi.
Duhai sang pelayang,
janganlah dilarik tubuhku,
janglah diperlakukan semahumu.
Hatiku ada kemudiku,
kemudi diriku sendiri.
@biNtANg d hAti
Duhai sang pelayang,
janganlah dilarik tubuhku,
janglah diperlakukan semahumu.
Hatiku ada kemudiku,
kemudi diriku sendiri.
@biNtANg d hAti
~ Jiwa Terusik, Lembayung Tersentap ~
~ Jiwa Terusik, Lembayung Tersentap ~
Di saat jiwaku terusik
menyingkap kembali
nostalgia pahit
membelenggu nadiku
yang membungkam pasrah
Aku dipenjara dengan nista
kejian, umpatan keterlaluan
menikam serpihan hati
yang rapuh terpinggir
nun jauh terlontar
Panorama sindiran bersilih
tayangan, menusuk asaku
hingga aku tak berdaya
menggapai pautan pepohon
rendang di hujung ranting
Biasan kaca menikam di dada
tersepuk aku, termanggu
terdiam, dek lembayung
menyentap ruang hatiku
di kala aku keseorangan
Ratapan naluri bergema
di tebing aksaraku
menginsot paluan hati
dalam esakkan sendu
yang sepi
Tika hembusan dingin
menyapa setitik airmata
gugurnya rimbunan
terkulai layu
dari genggaman
Usahlah direntap hatiku
dengan hinaan bertalu
kerana kini
diriku yang bagaikan
nyawa-nyawa ikan
menanti pusara
memanggil aku kembali...
'Jiwa Terusik, Lembayung Tersentap'...aku redha dan pasrah...
29hb September 2012 Sabtu
10.06am
SNQ
yang membungkam pasrah
Aku dipenjara dengan nista
kejian, umpatan keterlaluan
menikam serpihan hati
yang rapuh terpinggir
nun jauh terlontar
Panorama sindiran bersilih
tayangan, menusuk asaku
hingga aku tak berdaya
menggapai pautan pepohon
rendang di hujung ranting
Biasan kaca menikam di dada
tersepuk aku, termanggu
terdiam, dek lembayung
menyentap ruang hatiku
di kala aku keseorangan
Ratapan naluri bergema
di tebing aksaraku
menginsot paluan hati
dalam esakkan sendu
yang sepi
Tika hembusan dingin
menyapa setitik airmata
gugurnya rimbunan
terkulai layu
dari genggaman
Usahlah direntap hatiku
dengan hinaan bertalu
kerana kini
diriku yang bagaikan
nyawa-nyawa ikan
menanti pusara
memanggil aku kembali...
'Jiwa Terusik, Lembayung Tersentap'...aku redha dan pasrah...
29hb September 2012 Sabtu
10.06am
SNQ
LAYANG LAYANG
LAYANG LAYANG
Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang di tengah padang
Ingin aku hiburkan
Hiburkan hatimu sayang..
Kalau Ikut rasa hati
Ingin aku bawa pulang
Ada orang suka hari hujan. Ada orang pula suka hari panas. Dan di
tengah-tengah mereka ini ada dia: seseorang yang suka pada cuaca mendung
dan berangin. Mendung tak bererti yang hujan akan turun. Gumpalan awan
berkumpul seolah membentuk satu payung nipis agar terik mentari tak
terasa. Gabungan cahaya dan angin kencang yang membuat diri terasa
seperti arnab 'Eveready' yang boleh bermain alat muzik berhari-hari
tanpa henti.
Cuaca sebegini memang sesuai sekali. Lihat formula dibawah:
Mendung + angin kencang + santai = Bermain layang-layang.
Lebih canggih dan menarik daripada formula Einstein, bukan? :)
Lebih-lebih lagi sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni, membuat
layang-layang semudah memetik jari saja.Bak kata orang, pejam mata pun
boleh dibuat. Keluarlah gunting, kertas, kertas warna, benang, gam,
lidi, pelbagai. Mengalahkan arkitek yang sibuk melakar projek bangunan
berjuta-juta. Emak semakin pening melihat telatah anaknya yang adakala
masih keanak-anakan. Dan hasilnya, terciptalah layang-layang sebesar
peti televisyen, siap dengan ekornya sepanjang satu meter. Pasti ramai
yang akan terpegun.
Setiba di tepi pantai, kelihatan ramai yang
sedang bermain layang-layang. Ada berbentuk helang, ada berbentuk
sotong, ada berbentuk kelawar dan bermacam macam lagi. Timbul rasa riak
dihati. Dalam banyak layang-layang yang ada, hampir semuanya dibeli dari
gerai berdekatan. Tiada satu pun setanding dengan layang-layang
istimewa ini. Syaitan semakin rancak mengipas agar rasa riak bertambah
besar.
Mari kita uji.
Mari kita terbangkan sang layang-layang tinggi menggapai langit.
Lebih tinggi dari yang tinggi, lebih indah dari yang indah.
Ahh..diri menjadi alpa walhal ianya hanya layang-layang yang terlalu kecil nilainya.
Ramai yang berhenti bermain. Ingin melihat keupayaan dan kehebatan
lelayang. Uji arah angin. Uji ikatan tali pada lelayang. Kukuh. Adik
memegang layang-layang, Dia tarik. Adik lepaskan pegangan. Layang-layang
deras naik ke udara dan.. terus menjunam semula ke tanah. Gagal! Dia
terdiam.
Cubaan kedua. Dia pula memegang layang-layang. Adik
pula berlari sambil memegang tali. Layang layang naik deras ke atas
dan..sekali lagi pantas menjunam ke tanah. Desas desus mula kedengaran
sekeliling mereka.
Cubaan ke 3. Cubaan ke 4. Cubaan ke 5. Cubaan ke 6. Masih hasil yang sama.
Penonton semakin ramai. Desas desus bertukar menjadi bunyi ketawa yang
menikam tepat ke hati. Merah mukanya. Panas di wajah selari dengan panas
di hati. Adik menarik narik bucu bajunya, mengajak pulang. Setiap tapak
menuju kereta seperti berjalan kaki ayam di lantai penuh kaca. Sakit,
perit dan malu. Mahu dihumban saja layang-layangnya ke tong sampah.
Langkahnya terhenti. Diperhati wajah adik. Dalam kesibukan mengejar
pujian, dia terlupa pada adik. Sambil berjalan, mata adik terarah ke
langit. Kesian adik. Membuka pintu kereta dan menolak segala ego ke
tepi. Diambil dan dihulurkan layang layang plastik berharga seringgit
lima puluh sen kepunyaan adik. Adik memandang kehairanan, antara percaya
dan tidak. Dihulurkannya lelayang sekali lagi sambil mengangguk kepala.
Adik tertawa riang, mengambil layang layang dan berlari semula ke
padang.
Dia memandang langit. Menarik nafas panjang dan
dilepaskan perlahan-lahan. Terima kasih Tuhan kerana adanya adik. Terima
kasih juga kerana tidak membiarkan dia terus dibuai rasa.
JELITA
JELITA
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada kelebihan,
Terdapat juga kekurangan,
Jiwa luhur tertambat di tiang perasaan,
Hati yang ikhlas mengemudi murni fikiran.
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada suara manja,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada senyum dan tawa,
Tiap insan yang dilahirkan,
Wajahnya juga tetap jelita,
Tiap insan yang dilahirkan,
Punyai tangan-tangan mencipta,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada juga yang buruk paras rupa,
Segalanya menidakkan penghinaan,
Tiap insan yang dilahirkan boleh bersuara,
Punyai kelebihan,
Tentang jelita,
Jangan terlalu persan,
Anggun sekilau mutiara,
Suka meredah tasik nanah sanjungan,
Budi dan jasa jarang-jarang dibaja,
Selepas menjadi subur tersohor dan jagoan,
Tiap insan yang jelita,
Janganlah melupakan awal titik permulaan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0849 hrs (Sabtu).
Hati yang ikhlas mengemudi murni fikiran.
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada suara manja,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada senyum dan tawa,
Tiap insan yang dilahirkan,
Wajahnya juga tetap jelita,
Tiap insan yang dilahirkan,
Punyai tangan-tangan mencipta,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada juga yang buruk paras rupa,
Segalanya menidakkan penghinaan,
Tiap insan yang dilahirkan boleh bersuara,
Punyai kelebihan,
Tentang jelita,
Jangan terlalu persan,
Anggun sekilau mutiara,
Suka meredah tasik nanah sanjungan,
Budi dan jasa jarang-jarang dibaja,
Selepas menjadi subur tersohor dan jagoan,
Tiap insan yang jelita,
Janganlah melupakan awal titik permulaan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0849 hrs (Sabtu).
Layang-Layang
Layang-Layang
diasak membuta tuli
layang-layang terputus tali
terbang tak kembali
menyerah diri
pada rakusnya angin..
CNM
pada rakusnya angin..
CNM
" Antara Kita "
" Antara Kita "
~ Kita mengenali rasa
dengan menduga rindu
dan kesepian sengaja kita wujud
dalam gumpalan waktu yang berbeza
dan kita sering meneka
antara kita pasti ada yang tidak setia
walau janji telah terpatri
bersaksikan sumpah
sehidup semati.~
~ Rusie ~
dan kita sering meneka
antara kita pasti ada yang tidak setia
walau janji telah terpatri
bersaksikan sumpah
sehidup semati.~
~ Rusie ~
Chiii Chakkk....
Chiii Chakkk....
Assalamualaikum kaum kerabat yang dirindui
di mana kalian tidak nampak di mataku
yang jauh yang dekat tetap sama sahaja
bersembunyi semua di belakang "fesbuk"
hanya bercakap dengan jemari meruncing
hye hye bye bye
halo halo apa khabar
di sana menunggu
di sini melangut
tapi tetap terasa sekali rindu di hati ini
chiii...
intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan
tak gunalah mengintai Citey Spectra pasti tak akan nampakpun
buah keranji di dalam peti tiap-tiap hari pergi mengaji
datang ke mari hendak menguji
masih adakah yang ingat dan sudi padaku
si ct yang tak anggun cantik jauh sekali
tapi apakan daya comel tetap menjadi pujaan hati
chakkk...
hahahaaa gelak sang cicak
berdecit menahan gelinya hati
siapalah kamu untuk diingati
lebih baik kau undurkan diri
pergilah berdengkor kuncikan diri
daripada hadir menyemak di sini
chi chi chi chak chak chak...
pabila rindu sampai ke puncak
akan kuhadir melepaskan rasa kemuncak
di sinilah laman kurindu mula kuhadir bertapak
moga kasih sayangku tidak kering dan berlopak
oleh gersangnya kasih lama tak nampak
dadaaaaaa...sehingga berjumpa lagi no....
~ICT~mohon undur diri dahulu muahsss semua...espie..
Chiii Chakkk....
Assalamualaikum kaum kerabat yang dirindui
di mana kalian tidak nampak di mataku
yang jauh yang dekat tetap sama sahaja
Assalamualaikum kaum kerabat yang dirindui
di mana kalian tidak nampak di mataku
yang jauh yang dekat tetap sama sahaja
bersembunyi semua di belakang "fesbuk"
hanya bercakap dengan jemari meruncing
hye hye bye bye
halo halo apa khabar
di sana menunggu
di sini melangut
tapi tetap terasa sekali rindu di hati ini
chiii...
intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan
tak gunalah mengintai Citey Spectra pasti tak akan nampakpun
buah keranji di dalam peti tiap-tiap hari pergi mengaji
datang ke mari hendak menguji
masih adakah yang ingat dan sudi padaku
si ct yang tak anggun cantik jauh sekali
tapi apakan daya comel tetap menjadi pujaan hati
chakkk...
hahahaaa gelak sang cicak
berdecit menahan gelinya hati
siapalah kamu untuk diingati
lebih baik kau undurkan diri
pergilah berdengkor kuncikan diri
daripada hadir menyemak di sini
chi chi chi chak chak chak...
pabila rindu sampai ke puncak
akan kuhadir melepaskan rasa kemuncak
di sinilah laman kurindu mula kuhadir bertapak
moga kasih sayangku tidak kering dan berlopak
oleh gersangnya kasih lama tak nampak
dadaaaaaa...sehingga berjumpa lagi no....
~ICT~mohon undur diri dahulu muahsss semua...espie..
hanya bercakap dengan jemari meruncing
hye hye bye bye
halo halo apa khabar
di sana menunggu
di sini melangut
tapi tetap terasa sekali rindu di hati ini
chiii...
intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan
tak gunalah mengintai Citey Spectra pasti tak akan nampakpun
buah keranji di dalam peti tiap-tiap hari pergi mengaji
datang ke mari hendak menguji
masih adakah yang ingat dan sudi padaku
si ct yang tak anggun cantik jauh sekali
tapi apakan daya comel tetap menjadi pujaan hati
chakkk...
hahahaaa gelak sang cicak
berdecit menahan gelinya hati
siapalah kamu untuk diingati
lebih baik kau undurkan diri
pergilah berdengkor kuncikan diri
daripada hadir menyemak di sini
chi chi chi chak chak chak...
pabila rindu sampai ke puncak
akan kuhadir melepaskan rasa kemuncak
di sinilah laman kurindu mula kuhadir bertapak
moga kasih sayangku tidak kering dan berlopak
oleh gersangnya kasih lama tak nampak
dadaaaaaa...sehingga berjumpa lagi no....
~ICT~mohon undur diri dahulu muahsss semua...espie..
Semalam Qalbu Berbisik
Semalam Qalbu Berbisik
Semalam aku seorang muslimah sejati
Semalam aku seorang perempuan melayu
Semalam aku seorang berjiwa kental
Semalam aku seorang penyabar
Semalam aku si pemaaf itu
Semalam aku tahu apa mahuku
Semalam aku pengunjung setia rumah Allah
Semalam aku si penzikir tegar
Semalam aku hanya Lillahi ta'ala
Semalam aku...
Hanya tinggal titik nokhtah
Hari ini aku hanya mengikut gerak rasa
Masa depan entah untuk apa
Hanya mampu berserah kerana semalam aku...
Mungkin tidak lagi setia
Semalam aku bukan hanya mimpi semata
Kerna hari ini realiti yang membisik Qalbu
menyentap jiwa tanpa ragu
Semalam aku si pemaaf itu
Semalam aku tahu apa mahuku
Semalam aku pengunjung setia rumah Allah
Semalam aku si penzikir tegar
Semalam aku hanya Lillahi ta'ala
Semalam aku...
Hanya tinggal titik nokhtah
Hari ini aku hanya mengikut gerak rasa
Masa depan entah untuk apa
Hanya mampu berserah kerana semalam aku...
Mungkin tidak lagi setia
Semalam aku bukan hanya mimpi semata
Kerna hari ini realiti yang membisik Qalbu
menyentap jiwa tanpa ragu
UNTUK KAMU
UNTUK KAMU
Jika ada ruang buatku
Ingin aku kembali disisiMu
Jika ada ruang buatku
Izinkan aku terus mencintaiMu
Jika ada ruang buatku
Temani aku dalam setiap lenaku
Jika ada ruang buatku
Dakap aku dalam dakapan kasih sayangMu
Jika ada ruang buatku
Aku ingin kembali disisiMu
Jika ada ruang buatku
Izinkan aku bertemu denganMu
Jika ada ruang buatku
Izinkan aku menyatakan betapa aku mencintaiMu
Hanya KAMU, untuk KAMU
Dulu kini dan selamanya. ♥
Jika ada ruang buatku
Temani aku dalam setiap lenaku
Jika ada ruang buatku
Dakap aku dalam dakapan kasih sayangMu
Jika ada ruang buatku
Aku ingin kembali disisiMu
Jika ada ruang buatku
Izinkan aku bertemu denganMu
Jika ada ruang buatku
Izinkan aku menyatakan betapa aku mencintaiMu
Hanya KAMU, untuk KAMU
Dulu kini dan selamanya. ♥
" Resah Ini"
" Resah Ini"
~ Aku layarkan keresahan ini
di lautan kehidupan
moga dapat kucari
sebuah harapan
dan memintal keasyikan
yang semakin tenggelam
dari gelora yang meramas
mengundang lemas
dalam payah yang panjang.~
~ Rusie ~
dan memintal keasyikan
yang semakin tenggelam
dari gelora yang meramas
mengundang lemas
dalam payah yang panjang.~
~ Rusie ~
LAYANG-LAYANG - Silaturrahim
LAYANG-LAYANG - Silaturrahim
Kau di atas sana
bermesra dengan angin
aku di bawah ini
KAU, AKU DAN LAYANG-LAYANG
KAU, AKU DAN LAYANG-LAYANG
Kalau aku menjadi layang-layang
Dikau adalah talinya
Kejap kemaskan ikatan itu
Agar aku sentiasa digenggamanmu
Seandainya aku pergi jauh
Kau tetap di situ
Memacu arahku
Agarku tetap teguh
Agar kita terus kukuh
Dilandasan yang satu
~Aniyus~
28 Sept 2012
*untuk pencinta layang-layang, mengimbau indah zaman kanak-kanak*
Seandainya aku pergi jauh
Kau tetap di situ
Memacu arahku
Agarku tetap teguh
Agar kita terus kukuh
Dilandasan yang satu
~Aniyus~
28 Sept 2012
*untuk pencinta layang-layang, mengimbau indah zaman kanak-kanak*
Hakikat Kerunsingan
Hakikat Kerunsingan
Merenung jauh
hakikat kedunian
berbirat jelaga hati
berdaki dan basi
aku berlengging kehangatan
bertemankan kerunsingan,
sehelai daun nipah
kutitik di uratnya
kugapai segumpal tembakau
tembakau bertinkan cap ayam
dan kugulung - kujadikan
sepuntung rokok bergulungan
di waktu angin petang
yang bahang - aku berdiang,
dan ... tatkala asapnya kuhembus
di angin kayangan
bergulung - bergumpalan
segenap ruangan
sambil menghitung
nasibku yang tak beruntung
penuh kurap berdugalan.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
aku berlengging kehangatan
bertemankan kerunsingan,
sehelai daun nipah
kutitik di uratnya
kugapai segumpal tembakau
tembakau bertinkan cap ayam
dan kugulung - kujadikan
sepuntung rokok bergulungan
di waktu angin petang
yang bahang - aku berdiang,
dan ... tatkala asapnya kuhembus
di angin kayangan
bergulung - bergumpalan
segenap ruangan
sambil menghitung
nasibku yang tak beruntung
penuh kurap berdugalan.
ss/spl/pm ... 29/9/2012.
LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA
LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA
`````````````````````````````` `
Di balik awan putih nan kelabu
di situ aku mencongak nasib diriku
umpama layang-layang terputus taliku
terputus dari ibusawat utamaku
melayang tiada hala untuk kutuju
melayang tiada destinasi arah yang tertentu
hanya bayu sebagai penentu arah dan haluanku
hanya bayu sebagai teman kembaraku.
Sendiri aku di langit membiru dan lesu.
ss-z/spl/pr..20-JAN-2012.
di situ aku mencongak nasib diriku
umpama layang-layang terputus taliku
terputus dari ibusawat utamaku
melayang tiada hala untuk kutuju
melayang tiada destinasi arah yang tertentu
hanya bayu sebagai penentu arah dan haluanku
hanya bayu sebagai teman kembaraku.
Sendiri aku di langit membiru dan lesu.
ss-z/spl/pr..20-JAN-2012.
LAYANG
LAYANG
Ketika kecil
Aku suka main layang-layang
Berlari menarik tali mengharapkan ia terbang
Seronoknya..
Ketika besar
Sudah pandai hantar surat layang
Tulisan cantik dan ada hiasan bunga
Sukanya..
Ketika besar
Dah ada isteri
Ingat nak pasang satu lagi
Tapi takot ada pinggan melayang
Alahai...
Hahahaha.sekadar gurauan
Ketika besar
Sudah pandai hantar surat layang
Tulisan cantik dan ada hiasan bunga
Sukanya..
Ketika besar
Dah ada isteri
Ingat nak pasang satu lagi
Tapi takot ada pinggan melayang
Alahai...
Hahahaha.sekadar gurauan
MEMAHAT HIDUP
MEMAHAT HIDUP
Memahat hidup di bonggol akar
salah melingkar menyubur ingkar
memahat hidup di hujung ranting
terpahat sendeng sepi di samping
memahat hidup di celah pepohon
terpaku dedaun tersiat ampun.
Sudahnya
memahat hidup di asal usul
lalu gugur di dasar syukur
.
Angah Arie
Delusani, Seremban
29092011 20:00
memahat hidup di celah pepohon
terpaku dedaun tersiat ampun.
Sudahnya
memahat hidup di asal usul
lalu gugur di dasar syukur
.
Angah Arie
Delusani, Seremban
29092011 20:00
LAYANG-LAYANG
LAYANG-LAYANG
Alir setia masih
dari mata seorang hawa, pun
alir setia itu masih
dalam diri seorang aku.
Keliru.
Melayang.
Kembara di atas awan
membeli jiwa angin
melakar getir kehidupan
perjalanan dan ketentuan.
Akuku terbang
semakin jauh.
Dan kau si penetrasi rindu
usah keliru, bermain benangmu.
.
Angah Arie
Delusani, Seremban
280912 23:10
Keliru.
Melayang.
Kembara di atas awan
membeli jiwa angin
melakar getir kehidupan
perjalanan dan ketentuan.
Akuku terbang
semakin jauh.
Dan kau si penetrasi rindu
usah keliru, bermain benangmu.
.
Angah Arie
Delusani, Seremban
280912 23:10
Lelaki Itu?
Lelaki Itu?
Lelaki itu - adalah aku
berbogel menghampiri garisan waktu
setengah abad hampir berlalu
mencari rahsia hijabku ... ,
mencari sesuatu - di lembaran usiaku.
Di manakah aku?
Siapakah aku?
Dan kenapa aku adalah aku?
Semuanya celaru.
Destinasi kutuju - bisu
perhentian kutuju - celaru
sempadan kutuju - penjuru
hala kutuju - belenggu
terjelepuklah aku
di jalanan yang buntu.
Ahh! ... siapalah aku
akukah - aku?
Lelaki itu aku.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
mencari sesuatu - di lembaran usiaku.
Di manakah aku?
Siapakah aku?
Dan kenapa aku adalah aku?
Semuanya celaru.
Destinasi kutuju - bisu
perhentian kutuju - celaru
sempadan kutuju - penjuru
hala kutuju - belenggu
terjelepuklah aku
di jalanan yang buntu.
Ahh! ... siapalah aku
akukah - aku?
Lelaki itu aku.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Hajatnya Hasrat
Hajatnya Hasrat
Puisinya puisi lara,
laranya datang hajat,
hajatnya tiada upaya.
Bisiknya bisik resah,
resahnya datang resa.
resanya menggetar hasrat.
Ia tidak pernah terungkai,
tidak sesekali pernah mengujarnya.
Hmmm... .
@biNtANg d hAti
Bisiknya bisik resah,
resahnya datang resa.
resanya menggetar hasrat.
Ia tidak pernah terungkai,
tidak sesekali pernah mengujarnya.
Hmmm... .
@biNtANg d hAti
KAIN PELIKAT ITU
KAIN PELIKAT ITU
Kain pelikat itu
Baru kuterima tadi
Telah pudar warnanya
Dimamah usia waktu
Dikirim atas nama rindu
Yang bertukar menjadi sendu
Kain pelikat itu
Ada carik-carik kecilnya
Kujahit kucantum
Seumpama menjahit relung-relung luka di hatiku
Mencantum serpihan-serpihan rindu
Kain pelikat itu
Lambang kerinduan
Sebagai peneman
Kala hati digigit pilu
Kala jiwa berlagu sayu
Kain pelikat itu
Kadangkala kuletakkan di bawah bantal
Agar jiwa ini kental
Menahan rindu yang menebal
Ada tikanya
Kulipat-lipat kemas
Kusimpan di dalam tas
Dalam ruang waktu terbatas
Ingatan padamu tidak pernah terlepas
Apabila malam tiba
Kujadikan ia selimut setia
Penawar dukalara
Buat cinta
Yang jauh di mata
Terima kasih mengirimkan pelikat itu kepadaku
Aku adalah aku
Tetaplah menunggu
Rahmat ILAHI untuk hidup bersamamu
~Aniyus~
28 Sept 2012
Dikirim atas nama rindu
Yang bertukar menjadi sendu
Kain pelikat itu
Ada carik-carik kecilnya
Kujahit kucantum
Seumpama menjahit relung-relung luka di hatiku
Mencantum serpihan-serpihan rindu
Kain pelikat itu
Lambang kerinduan
Sebagai peneman
Kala hati digigit pilu
Kala jiwa berlagu sayu
Kain pelikat itu
Kadangkala kuletakkan di bawah bantal
Agar jiwa ini kental
Menahan rindu yang menebal
Ada tikanya
Kulipat-lipat kemas
Kusimpan di dalam tas
Dalam ruang waktu terbatas
Ingatan padamu tidak pernah terlepas
Apabila malam tiba
Kujadikan ia selimut setia
Penawar dukalara
Buat cinta
Yang jauh di mata
Terima kasih mengirimkan pelikat itu kepadaku
Aku adalah aku
Tetaplah menunggu
Rahmat ILAHI untuk hidup bersamamu
~Aniyus~
28 Sept 2012
Bengang Vs Bangang
Bengang Vs Bangang
Aku bengang ni
Kalau aku bengang
sekejap lagi aku jadi bangang
Kalau aku dah jadi bangang
Tentu aku jadi bengang
Orang lain takut lihat aku bengang
Dan mereka lebih takut jika jadi bangang
Baik bengang ke
atau bangang?
Aku dah bengong ni....
Tentu aku jadi bengang
Orang lain takut lihat aku bengang
Dan mereka lebih takut jika jadi bangang
Baik bengang ke
atau bangang?
Aku dah bengong ni....
Belanjawan
Belanjawan
sudah dibentang
sungguh menawan
bonus satu setengah bulan
bantu golongan bawahan
kurangkan beban...
anak-anak sekolah dapat 100 ringgit seorang
syukurlah rakyat diutamakan
semoga negara terus aman
dapat hidup tenang
dapat beribadat kepada Tuhan...
aku dengar lebih kurang
dalam perjalanan pergi Seremban
esok baca lagi dalam akhabr harian
pemberian macam-macam
kerajaan prihatin janji ditunaikan...
esok perdana menteri turun ke Paroi
bertemui rakyat yang semakin boroi
rasanya amat berbaloi
mengekalkan kerajaan yang sepoi
rakyat diutamakan bukan mengantoi...
CNM
kurangkan beban...
anak-anak sekolah dapat 100 ringgit seorang
syukurlah rakyat diutamakan
semoga negara terus aman
dapat hidup tenang
dapat beribadat kepada Tuhan...
aku dengar lebih kurang
dalam perjalanan pergi Seremban
esok baca lagi dalam akhabr harian
pemberian macam-macam
kerajaan prihatin janji ditunaikan...
esok perdana menteri turun ke Paroi
bertemui rakyat yang semakin boroi
rasanya amat berbaloi
mengekalkan kerajaan yang sepoi
rakyat diutamakan bukan mengantoi...
CNM
PERGIMU ADALAH SENDUKU
PERGIMU ADALAH SENDUKU
Menyusun jari jemari rindu
satu persatu
tika angin sepi menderu
menerjah hebat ke dalam kalbu
dan cinta pun mula berlagu
lagu-lagu berirama sendu
yang membayangi ingatan lalu
sewaktu fasihnya lidahmu merayu
agar tidak meninggalkanmu.
Dalam tangisanmu yang memilu
kauberjanji yang setiamu hanya padaku
tanpa ada halangan yang mampu menganggu
biar bertahun masa berlalu
setiamu hanya satu
namun setelah semuanya kutahu
baru kusedari akan sandiwaramu
mencipta janji-janji palsu
menusuk harapanku dengan duri sembilu
lalu membiarkan aku rebah dan lesu.
Dan sewaktu kauberlalu meninggalkan aku
senyummu seluas langit biru
tanpa ada pun rasa sesal di wajahmu
meninggalkan aku dalam tangisan pilu
pilu yang masih berlagukan irama sendu
Qalam Bertinta
28092012
1833pm
dan cinta pun mula berlagu
lagu-lagu berirama sendu
yang membayangi ingatan lalu
sewaktu fasihnya lidahmu merayu
agar tidak meninggalkanmu.
Dalam tangisanmu yang memilu
kauberjanji yang setiamu hanya padaku
tanpa ada halangan yang mampu menganggu
biar bertahun masa berlalu
setiamu hanya satu
namun setelah semuanya kutahu
baru kusedari akan sandiwaramu
mencipta janji-janji palsu
menusuk harapanku dengan duri sembilu
lalu membiarkan aku rebah dan lesu.
Dan sewaktu kauberlalu meninggalkan aku
senyummu seluas langit biru
tanpa ada pun rasa sesal di wajahmu
meninggalkan aku dalam tangisan pilu
pilu yang masih berlagukan irama sendu
Qalam Bertinta
28092012
1833pm
SISA HARI
SISA HARI
Sempurnanya ciptaan Tuhan yang maha kuasa,
Iklim kehidupan yang selalu bertukar,
Seringkali dibetah dimamah persangka,
Anak-anak manusia.
Hasad dengki oleh pena lidah,
Acap kali celopar,
Rengekan lakaran lukisan wajah berubah,
Inspirasi pidato terbias sisa hari semakin hambar.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
280912@2115 hrs (Jumaat).
Hasad dengki oleh pena lidah,
Acap kali celopar,
Rengekan lakaran lukisan wajah berubah,
Inspirasi pidato terbias sisa hari semakin hambar.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
280912@2115 hrs (Jumaat).
CERITERA CINTA
CERITERA CINTA
Jantung berdegup kencang.
Bunyinya sekuat pukulan gendang di Pesta Gendang Nusantara, iramanya
bertalu-talu dan semakin lama semakin kuat. Aneh, mengapa ye mereka yang
berada di sekelilingnya tidak dapat mendengar bunyi degupan sekuat itu.
Dibukanya genggaman tangan.
Tangannya terasa amat sejuk sekali, malah lebih sejuk rasanya dari
memegang ketulan ais. Telapak tangannya putih, pucat, seakan tiada
darah. Kelihatan beberapa lekuk-lekuk berbentuk bulan sabit, kesan
tekanan kuat kukunya. Satu keluhan terlepas dari bibir.
Dia
menoleh ke kiri. Terpandang wajahnya di cermin kaca kedai. Seorang
perempuan yang sederhana tinggi, berkulit cerah, berambut panjang
lurus, memakai baju kurung biru muda sedang memandangnya kembali dengan
riak muka penuh kerisauan. Tiada secalit senyuman di wajah manis
tersebut. Diakah perempuan itu?
Kemana kah perginya segala
keyakinan diri? Bukankah dia telah berjanji pada dirinya sendiri yang
dia tidak akan risau? Senario ini telah dia mainkan berbelas kali
dimindanya semalaman. Betapa dia akan menunggu dengan sabar dan sebaik
sahaja lelaki tersebut mengambil buku dan duduk disudut kegemarannya,
dia akan menghampiri lelaki itu. Dengan wajah yang tenang berserta
dengan sebuah senyuman, dia akan mengucap salam dan perkenalkan dirinya.
Seterusnya...hmm.. seterusnya bergantung pada lelaki tersebut.
Tak salah bukan andai dia yang memulakannya? Bukankah di zaman
teknologi serba canggih ini, tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik
apabila perigi mencari timba? Bukankah juga kita disuruh berdoa dan
berusaha dalam mencari jodoh? Bukankah Siti Khadijah sendiri melamar
Rasulullah s.a.w?
Memang mudah meyakinkan orang lain. Tapi
sukar bila masanya tiba untuk menyakinkan diri sendiri. Memupuk
keberanian bukan mudah, lebih lebih lagi ciri ciri wanita Melayu masih
tebal dalam dirinya. Zaman mungkin telah moden, tapi masih agak sukar
untuk memulakan langkah menegur seorang lelaki yang selama ini hanya
diminatinya dari jauh.
Hmm...Masa untuk berhenti berdolak
dalik. Bukankah dia telah bernekad untuk meneruskan niatnya ini. Dari
terus tertanya tanya, biarlah dia mendapat kepastian. Lagipun, bukankah
dia ada 'Plan B' dia. Bibirnya mula tersenyum dan sinar harapan berbunga
semula. Dibukanya tas tangan. Sekeping sampul surat terselit rapi di
belakang beg duitnya.
Apa 'Plan B' tersebut? Andai setelah di
beri salam dan keberaniannya tiba tiba luntur, akan diserahkan sepucuk
surat yang telah ditulisnya malam tadi. Andai perasaan malu tiba tiba
membuatkan dia hilang kata, sepucuk surat tersebut akan mewakili
lidahnya.
Mungkin itu istimewanya dia: ketahui kelemahan diri
dan memikirkan bagaimana atasi kekurangan tersebut. Kalau emak tahu,
pasti mak akan menggeleng kepala. Anaknya ini memang banyak 'Plan B'
sentiasa.
Bismillah. Saatnya telah tiba. Doakan dia berjaya ye. :)
Dia menoleh ke kiri. Terpandang wajahnya di cermin kaca kedai. Seorang perempuan yang sederhana tinggi, berkulit cerah, berambut panjang lurus, memakai baju kurung biru muda sedang memandangnya kembali dengan riak muka penuh kerisauan. Tiada secalit senyuman di wajah manis tersebut. Diakah perempuan itu?
Kemana kah perginya segala keyakinan diri? Bukankah dia telah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan risau? Senario ini telah dia mainkan berbelas kali dimindanya semalaman. Betapa dia akan menunggu dengan sabar dan sebaik sahaja lelaki tersebut mengambil buku dan duduk disudut kegemarannya, dia akan menghampiri lelaki itu. Dengan wajah yang tenang berserta dengan sebuah senyuman, dia akan mengucap salam dan perkenalkan dirinya. Seterusnya...hmm.. seterusnya bergantung pada lelaki tersebut.
Tak salah bukan andai dia yang memulakannya? Bukankah di zaman teknologi serba canggih ini, tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik apabila perigi mencari timba? Bukankah juga kita disuruh berdoa dan berusaha dalam mencari jodoh? Bukankah Siti Khadijah sendiri melamar Rasulullah s.a.w?
Memang mudah meyakinkan orang lain. Tapi sukar bila masanya tiba untuk menyakinkan diri sendiri. Memupuk keberanian bukan mudah, lebih lebih lagi ciri ciri wanita Melayu masih tebal dalam dirinya. Zaman mungkin telah moden, tapi masih agak sukar untuk memulakan langkah menegur seorang lelaki yang selama ini hanya diminatinya dari jauh.
Hmm...Masa untuk berhenti berdolak dalik. Bukankah dia telah bernekad untuk meneruskan niatnya ini. Dari terus tertanya tanya, biarlah dia mendapat kepastian. Lagipun, bukankah dia ada 'Plan B' dia. Bibirnya mula tersenyum dan sinar harapan berbunga semula. Dibukanya tas tangan. Sekeping sampul surat terselit rapi di belakang beg duitnya.
Apa 'Plan B' tersebut? Andai setelah di beri salam dan keberaniannya tiba tiba luntur, akan diserahkan sepucuk surat yang telah ditulisnya malam tadi. Andai perasaan malu tiba tiba membuatkan dia hilang kata, sepucuk surat tersebut akan mewakili lidahnya.
Mungkin itu istimewanya dia: ketahui kelemahan diri dan memikirkan bagaimana atasi kekurangan tersebut. Kalau emak tahu, pasti mak akan menggeleng kepala. Anaknya ini memang banyak 'Plan B' sentiasa.
Bismillah. Saatnya telah tiba. Doakan dia berjaya ye. :)
Masih Belum Terlewat
Masih Belum Terlewat
Mancis
di tangan kananmu
untuk kaunyalakan api cintamu
yang akan membakar
gelora
yang membara.
Pemadam api
ada di tangan kirimu
untuk kaupadamkan api itu
sekiranya cintamu
terbakar
sebelum kaunyalakan.
Bersiap sedialah selalu.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
gelora
yang membara.
Pemadam api
ada di tangan kirimu
untuk kaupadamkan api itu
sekiranya cintamu
terbakar
sebelum kaunyalakan.
Bersiap sedialah selalu.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
SENTUHAN
SENTUHAN
Sampaikanlah salamku duhai bintang-gemintang,
Esok adalah helaian hari-hari semalam,
Namun risauku masih bersarang,
Tertumpu di denyut nadi getarnya menjunam tajam,
Utuskan titik-titik sentuhan bajet yang ulung,
Hiasan budi telah tertawan di rona sebuah senyum,
Aku dan kamu telah menyaksikan isi jiwa pejuang,
Nurani pun tiba pada titik indahnya wajah sentuhan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
280912@1858 hrs (Jumaat).
Utuskan titik-titik sentuhan bajet yang ulung,
Hiasan budi telah tertawan di rona sebuah senyum,
Aku dan kamu telah menyaksikan isi jiwa pejuang,
Nurani pun tiba pada titik indahnya wajah sentuhan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
280912@1858 hrs (Jumaat).
Ada Aku Kisah?
Ada Aku Kisah?
Penat sudah
aku buat kisah tak kisah
acuh tak acuh - buat-buat tak tahu sudah
ada aku kisah?
Dadaku terasa kian lelah
aku sendiri merasakan sungguh lelah
tak betah - tak bisa lagi aku betah
sanggah - tak guna aku menyanggah
ada aku kisah?.
Jiwaku resah - hatiku patah
kalbuku pasrah - bernanah
biarkanlah! ... biarlah aku di sini membuang mengah
buat melepas lelah yang menggunung resah.
Biarlah aku di sini ... aku tak kisah
aku nak tidur sebentar - tak bolehkah?
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Dadaku terasa kian lelah
aku sendiri merasakan sungguh lelah
tak betah - tak bisa lagi aku betah
sanggah - tak guna aku menyanggah
ada aku kisah?.
Jiwaku resah - hatiku patah
kalbuku pasrah - bernanah
biarkanlah! ... biarlah aku di sini membuang mengah
buat melepas lelah yang menggunung resah.
Biarlah aku di sini ... aku tak kisah
aku nak tidur sebentar - tak bolehkah?
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Tidak Mampu Aku Menyekanya
Tidak Mampu Aku Menyekanya
Butiran apakah ini
yang terbit di kelopak mataku
hangat membasah
bak air dari pergunungan
jatuh berlinang
bak air terjun Niagara
memeritkan mata
aku tersiksa.
Bergenang tidak mampu aku menyekanya.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
jatuh berlinang
bak air terjun Niagara
memeritkan mata
aku tersiksa.
Bergenang tidak mampu aku menyekanya.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
KEDIAMAN DAMAI
KEDIAMAN DAMAI
Segar nyaman
Haruman kasturi mengasyikkan
Tenang tanpa risau gundah penghuni
Luas terbentang tidak terjangkau kelajuan cahaya
Biar seribu tahun kembara tandang hujung tidak mampu mencari
Segala hajat akan tertunai sekelip mata tanpa bertangguh
Selimut sutera bertatah permata di pembaringan
Minuman segar dari aliran kasih tanpa dahaga
Senyuman memikat bidadari impian
Menggamit asyik tanpa jemu
Kasih cinta kekal abadi
Lengkap segala ada
Tiada persengketaan hasad cemburu
Tiada perebutan kuasa merebut jawatan
Tiada peperangan tumpahan darah yang menggerunkan
Tiada tua melain muda tanpa tingkah usia
Tiada berakhir melain kekal abadi
Tiada khianat benci melain cinta
Tiada lapar haus dahaga
Sebuah janji pasti
Ruang kembali akur perintah
Keredaan dicari tanpa disanggah
Pedoman risalah nyata penunjuk jalan yang cerah
Berpandu as-sunnah kekasih Allah
Aku bermohon kepadaMu
Keredaan keampunan serta limpahan rahmat dan hidayah
Kediaman yang damai nyaman kekal abadi
Tempat dihimpun segala kekasih
Di bawah naungan nur Illahi.
YHI
Segamat Johor
28092012
Biar seribu tahun kembara tandang hujung tidak mampu mencari
Segala hajat akan tertunai sekelip mata tanpa bertangguh
Selimut sutera bertatah permata di pembaringan
Minuman segar dari aliran kasih tanpa dahaga
Senyuman memikat bidadari impian
Menggamit asyik tanpa jemu
Kasih cinta kekal abadi
Lengkap segala ada
Tiada persengketaan hasad cemburu
Tiada perebutan kuasa merebut jawatan
Tiada peperangan tumpahan darah yang menggerunkan
Tiada tua melain muda tanpa tingkah usia
Tiada berakhir melain kekal abadi
Tiada khianat benci melain cinta
Tiada lapar haus dahaga
Sebuah janji pasti
Ruang kembali akur perintah
Keredaan dicari tanpa disanggah
Pedoman risalah nyata penunjuk jalan yang cerah
Berpandu as-sunnah kekasih Allah
Aku bermohon kepadaMu
Keredaan keampunan serta limpahan rahmat dan hidayah
Kediaman yang damai nyaman kekal abadi
Tempat dihimpun segala kekasih
Di bawah naungan nur Illahi.
YHI
Segamat Johor
28092012
~ Dengusan Rindu Ratapan Hiba ~
~ Dengusan Rindu Ratapan Hiba ~
Di kala jiwa kegersangan
menadah gerimis hembusan
sayu, tika raungan hati
berkelana sepi
merintih kerinduan
Bila ratapan tangisan
sendu syahdu
menyelubungi segenap
laungan di hujung
kasih yang kian kelam
Terlontar gelisah cinta
memayungi hati
kehausan belaian sukma
lembayung bertempik
pasrah
Kedinginan angin malam
menusuk belahan jiwa
saat tersungkur rebah
rindu bertemankan sepi
yang menyinggah asaku
Kupetik kenangan semalam
kujadikan kekuatan rinduku
melangkah denai kasih sayang
yang beronak berliku
demi cinta yang terindah
Semilir rindu kualunkan
tika rimbunan kasih
menggamit getar hati
yang ketandusan
sentuhan kalbumu
Siramilah puncak kasih
bajailah dedaunan cinta
yang menanti hadirmu
dalam gelembung
mahligai syahdu...
'Dengusan Rindu Ratapan Hiba'...di penghujung angsana buaian cinta...
28hb September 2012 Jumaat
4.45pm
SNQ
merintih kerinduan
Bila ratapan tangisan
sendu syahdu
menyelubungi segenap
laungan di hujung
kasih yang kian kelam
Terlontar gelisah cinta
memayungi hati
kehausan belaian sukma
lembayung bertempik
pasrah
Kedinginan angin malam
menusuk belahan jiwa
saat tersungkur rebah
rindu bertemankan sepi
yang menyinggah asaku
Kupetik kenangan semalam
kujadikan kekuatan rinduku
melangkah denai kasih sayang
yang beronak berliku
demi cinta yang terindah
Semilir rindu kualunkan
tika rimbunan kasih
menggamit getar hati
yang ketandusan
sentuhan kalbumu
Siramilah puncak kasih
bajailah dedaunan cinta
yang menanti hadirmu
dalam gelembung
mahligai syahdu...
'Dengusan Rindu Ratapan Hiba'...di penghujung angsana buaian cinta...
28hb September 2012 Jumaat
4.45pm
SNQ
Petang Tadi
Petang Tadi
Petang tadi
aku ke lopakku sekali lagi
lopak yang aku miliki
lopak seiras gambar kukongsi ini
bersama joran 5 kaki
aku sandarkan rinduku kembali
mencuba nasibku untuk kesekian kali
setelah lama aku tinggali
aku lupai.
Kailku yang ada berkarat di kekili
menunjukkan telah lama tidak aku dampingi
namun petang tadi aku kembali uliti
demi mencari
ketenangan di hati
melayan kerenah si ikan keli
rentapannya berselang-seli
si haruan aku rindui
dagingnya yang enak ... itu yang aku hajati.
Keasyikan - aku rasai
sehingga tak sedar senja menghampiri
kembalilah aku ke pejabat aku ini
demi mencari sesuap nasi
kepalaku sakit kembali.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
bersama joran 5 kaki
aku sandarkan rinduku kembali
mencuba nasibku untuk kesekian kali
setelah lama aku tinggali
aku lupai.
Kailku yang ada berkarat di kekili
menunjukkan telah lama tidak aku dampingi
namun petang tadi aku kembali uliti
demi mencari
ketenangan di hati
melayan kerenah si ikan keli
rentapannya berselang-seli
si haruan aku rindui
dagingnya yang enak ... itu yang aku hajati.
Keasyikan - aku rasai
sehingga tak sedar senja menghampiri
kembalilah aku ke pejabat aku ini
demi mencari sesuap nasi
kepalaku sakit kembali.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
Ingatlah
Ingatlah
tak salah
kalau kita ingin bersahabat
dan berkawan
dengan suami
atau
isteri orang,
yang menjadi kesalahannya
adalah apabila
kita menaruh hati
dan harapan
terhadap
mereka.
Renung-renungkanlah.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
atau
isteri orang,
yang menjadi kesalahannya
adalah apabila
kita menaruh hati
dan harapan
terhadap
mereka.
Renung-renungkanlah.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
Ngantuk
Ngantuk
Setiap kali pergi masjid
Untuk solat Jumaat
Mata begitu berat
Fikiran melayang entah ke mana
Ngantuk sudah
Dah habis solat
Mata tak reti nak tutup
Fikiran menjadi lebih fokus
Akhir sekali
Aku balik rumah
ZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Ngantuk sudah
Dah habis solat
Mata tak reti nak tutup
Fikiran menjadi lebih fokus
Akhir sekali
Aku balik rumah
ZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Aduhai..
Aku bersiap-siap diri
Hajat hati ingin ke Bangi
Beg segera aku sisipi
Tertinggal pula segugus kunci
Aduhai...
Aku mula mencapai kunci
Aku kunci pintu dan jeriji
Bergegas menekan kunci kereta..Tit! Tit!
Segera enjin kereta aku hidupi
Ada la pula kereta di depan melintangi
Aduhai...
Aku menunggu seorang diri
Siapalah tuan punya kereta di sini
Tungu dan tunggu lagi
Masih tidak munculkan diri
Aku jeling jam di tepi
Sudah satu jam menghampiri
Aduhai....
~SA~
Aduhai...
Aku mula mencapai kunci
Aku kunci pintu dan jeriji
Bergegas menekan kunci kereta..Tit! Tit!
Segera enjin kereta aku hidupi
Ada la pula kereta di depan melintangi
Aduhai...
Aku menunggu seorang diri
Siapalah tuan punya kereta di sini
Tungu dan tunggu lagi
Masih tidak munculkan diri
Aku jeling jam di tepi
Sudah satu jam menghampiri
Aduhai....
~SA~
Api Asmara
Api Asmara
Unggun menggunung
bara melingkar
tinggi mencakar
hangus terbakar - rentung dibakar
dalam pelukan api asmara
yang kian bergelora
kian mengganas
kian menggila
kian menghangat
dan rindu semakin menjebak
tidak mampu - aku mengelak
jebakan gelodak
dari hangatnya api! ... api asmara cintamu.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
dalam pelukan api asmara
yang kian bergelora
kian mengganas
kian menggila
kian menghangat
dan rindu semakin menjebak
tidak mampu - aku mengelak
jebakan gelodak
dari hangatnya api! ... api asmara cintamu.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Santapan Minda
Santapan Minda
Sejuk dan segar
di kala embun membuka mimbar
di batas minda semakin bugar
bersyukur kita sujud di tikar
ambil sejadah sebagai ikrar
sehari lagi usia dilakar
sehari lagi ubun dibakar
mengharap mekar dilimpahi sinar
mengharap syiar semakin bersinar
ikhlas kita di baja ikhtiar
kiblat kita berkiblatkan ikhtibar.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.
Allah Huakhbar.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
ambil sejadah sebagai ikrar
sehari lagi usia dilakar
sehari lagi ubun dibakar
mengharap mekar dilimpahi sinar
mengharap syiar semakin bersinar
ikhlas kita di baja ikhtiar
kiblat kita berkiblatkan ikhtibar.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.
Allah Huakhbar.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Cahaya Cintamu
Cahaya Cintamu
Dari dunia kegelapan
aku melihat cahaya duniamu
terpancar lembut ke kamarku
aku cuba selusuri
mengharap secebis kemanisan
untuk kulepaskan sesakku
mendiami dunia cerahmu
bersama menuai bahagia
walau hanya sementara
izinkanlah aku
kecapi bersamamu
sebelum aku kembali
ke dunia gelapku
yang telah kuwarisi
sebenarnya duniaku
teruntuk buatku.
Lafaz Kalbuku
Sept 28 2012
mengharap secebis kemanisan
untuk kulepaskan sesakku
mendiami dunia cerahmu
bersama menuai bahagia
walau hanya sementara
izinkanlah aku
kecapi bersamamu
sebelum aku kembali
ke dunia gelapku
yang telah kuwarisi
sebenarnya duniaku
teruntuk buatku.
Lafaz Kalbuku
Sept 28 2012
AKU HANYA INGIN
♥ BuAt YaNg MeNgerTi ♥
AKU HANYA INGIN
28/09/2012
Aku hanya ingin
menjadi yang terbaik untukmu
ingin menjadi penyembuh lukamu
yang akan merawat setiap rasa sakitmu
berharap menjadi yang terindah buatmu
menjadi sesuatu yang istemewa buatmu
agar dapat melihat senyuman sentiasa terukir di wajahmu
walaupun hati ini terpahat pilu
Aku hanya ingin
♥ NuR QaSeH Ila ADiLa - NQIAZAS ♥
menjadi yang terbaik untukmu
ingin menjadi penyembuh lukamu
yang akan merawat setiap rasa sakitmu
berharap menjadi yang terindah buatmu
menjadi sesuatu yang istemewa buatmu
agar dapat melihat senyuman sentiasa terukir di wajahmu
walaupun hati ini terpahat pilu
Aku hanya ingin
♥ NuR QaSeH Ila ADiLa - NQIAZAS ♥
Engkau Dan Aku Berbeda Resmi
Aku! ... ,
aku di sini hidup berdikari
miskin resmi
mencanting resah bercorak sunyi
melakar ilusi berkanvas fantasi
mencangkul tanah beralas budi.
Engkau! ... ,
engkau di sana kaya raya
beresmi berada
menggalas kepala berbantal sutera
berkerdipan zamrud mahkota diRaja
dikilaukan emas intan permata.
Aku! ... ,
aku hanya menyulam mimpi
tatkala engkau ... ,
engkau berkalungkan mahligai lestari.
Engkau dan aku berbeda resmi.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
melakar ilusi berkanvas fantasi
mencangkul tanah beralas budi.
Engkau! ... ,
engkau di sana kaya raya
beresmi berada
menggalas kepala berbantal sutera
berkerdipan zamrud mahkota diRaja
dikilaukan emas intan permata.
Aku! ... ,
aku hanya menyulam mimpi
tatkala engkau ... ,
engkau berkalungkan mahligai lestari.
Engkau dan aku berbeda resmi.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
~ Bebayang Kasih, Menjauh Sepi ~
~ Bebayang Kasih, Menjauh Sepi ~
Di sudut hatiku yang pilu
cuba mengikis resapan cinta
mendegung di telingaku
membisik kalimah sayang
menjauh dalam sepi
Di kala tinta kasih menggarap
perdu menitip rindu berkias
tika palungan jambangan
jiwa berlalu pergi
di saat aku memerlukannya
Di manakah alunan nyanyian
menghiasi kamar hati
mendendang syahdu
bila cinta dalam pautan
mendekap erat
Hembusan nafasmu
masih aku terasa
tika malam sayup
menyelubungi gelodak
rindu padamu
Di rimba cintamu cintaku
berseloka bahagia
seolah nirwana turut
menyaksi buaian kasih
yang intim
Kini kumengerti
indahnya hanya sementara
segenggam setia kasih
terjelepuk di hujung
belenggu untaian rindu
Sebak dalam gugusan hiba
berderai jua airmata
di saat aku hanya menggapai
angan yang tak kesampaian
bebayang kasih, menjauh dan
menjauh...
'Bebayang Kasih, Menjauh Sepi'...aksaraku punah...
28hb September 2012 Jumaat
3.18am
SNQ
menjauh dalam sepi
Di kala tinta kasih menggarap
perdu menitip rindu berkias
tika palungan jambangan
jiwa berlalu pergi
di saat aku memerlukannya
Di manakah alunan nyanyian
menghiasi kamar hati
mendendang syahdu
bila cinta dalam pautan
mendekap erat
Hembusan nafasmu
masih aku terasa
tika malam sayup
menyelubungi gelodak
rindu padamu
Di rimba cintamu cintaku
berseloka bahagia
seolah nirwana turut
menyaksi buaian kasih
yang intim
Kini kumengerti
indahnya hanya sementara
segenggam setia kasih
terjelepuk di hujung
belenggu untaian rindu
Sebak dalam gugusan hiba
berderai jua airmata
di saat aku hanya menggapai
angan yang tak kesampaian
bebayang kasih, menjauh dan
menjauh...
'Bebayang Kasih, Menjauh Sepi'...aksaraku punah...
28hb September 2012 Jumaat
3.18am
SNQ
Bicara Embun
Bicara Embun
Embun menitis di subuh sunyi,
cengkerik berteman si angin malam;
mengapa rindu masih berbunyi,
tatkala terimbau kenangan silam.
Embun menitis sejuk terasa,
bersyair gurindam di subuh bening;
rindu kekasih rindu sentiasa,
selagi bernyawa rindu kucanting.
Hai! ... bila embun mula berbicara.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Embun menitis sejuk terasa,
bersyair gurindam di subuh bening;
rindu kekasih rindu sentiasa,
selagi bernyawa rindu kucanting.
Hai! ... bila embun mula berbicara.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
~ KEKASIH II ~
~ KEKASIH II ~
gegak gempita
kamar di terjah
mengelupar kelemasan
rindu Azali ...
hausan kasih
dakap berpaut
sayang bertaut
merintih kecintaan ...
hanya-Mu yang mengerti
pautan kasih
wajah yang kuhadap
dalam keredhaan-Mu ...
~BfAnna ♥♥♥
2.31am~ 28/9/2012
~Taiping ♥ ~
hausan kasih
dakap berpaut
sayang bertaut
merintih kecintaan ...
hanya-Mu yang mengerti
pautan kasih
wajah yang kuhadap
dalam keredhaan-Mu ...
~BfAnna ♥♥♥
2.31am~ 28/9/2012
~Taiping ♥ ~
KALAU NANTI
KALAU NANTI
Kalau nanti
aku pergi dalam retaknya
dada rembulan
engkau rajutlah benang-benang rindu
biar putus di lembah berdarah
takkan patah tiang Bismillah
yang aku pahat
pada jejak-jejakmu,khilafah.
Kalau nanti
berjuta kupu-kupu hadir
pada lengkung bianglala
engkau carilah aku
di antara warna-warna itu
nanti engkau dengarlah
geriap darahku
dan desah nafasmu
bersatu dalam hembus angin
yang gugur di lembah dingin.
Kalau nanti
air matamu mengalir
carilah aku di antara
rindu-rindu terakhir
biarku datang dari kersip
bintang-bintang
menatang rindumu di temaram malam.
Dan kalau nanti
bunga-bunga rindumu telah layu
engkau buanglah kudup-kudupnya
menyapa Fuji dan Mayon
biar lebur dan debur
pada senja yang limbur!
KALAU NANTI
Kalau nanti
aku pergi dalam retaknya
dada rembulan
Kalau nanti
aku pergi dalam retaknya
dada rembulan
engkau rajutlah benang-benang rindu
biar putus di lembah berdarah
takkan patah tiang Bismillah
yang aku pahat
pada jejak-jejakmu,khilafah.
Kalau nanti
berjuta kupu-kupu hadir
pada lengkung bianglala
engkau carilah aku
di antara warna-warna itu
nanti engkau dengarlah
geriap darahku
dan desah nafasmu
bersatu dalam hembus angin
yang gugur di lembah dingin.
Kalau nanti
air matamu mengalir
carilah aku di antara
rindu-rindu terakhir
biarku datang dari kersip
bintang-bintang
menatang rindumu di temaram malam.
Dan kalau nanti
bunga-bunga rindumu telah layu
engkau buanglah kudup-kudupnya
menyapa Fuji dan Mayon
biar lebur dan debur
pada senja yang limbur!
biar putus di lembah berdarah
takkan patah tiang Bismillah
yang aku pahat
pada jejak-jejakmu,khilafah.
Kalau nanti
berjuta kupu-kupu hadir
pada lengkung bianglala
engkau carilah aku
di antara warna-warna itu
nanti engkau dengarlah
geriap darahku
dan desah nafasmu
bersatu dalam hembus angin
yang gugur di lembah dingin.
Kalau nanti
air matamu mengalir
carilah aku di antara
rindu-rindu terakhir
biarku datang dari kersip
bintang-bintang
menatang rindumu di temaram malam.
Dan kalau nanti
bunga-bunga rindumu telah layu
engkau buanglah kudup-kudupnya
menyapa Fuji dan Mayon
biar lebur dan debur
pada senja yang limbur!
Senyumlah Seboleh-Bolehnya Kamu Senyumkan
Senyumlah Seboleh-Bolehnya Kamu Senyumkan
Jangan kauizinkan air matamu berlinangan
jangan kauizinkan sesiapa pun melihatnya bergenangan
kelak terpampang segala macam jenis kelemahan
menjadi hidangan teman-teman dan para taulan
disindir nanti oleh jiwa gelap tidak berperi kemanusiaan.
Senyumlah selalu walau hatimu penuh kelukaan
dari menjadi santapan mata-mata yang sering mencuri pandang
menunggu masa dan ketika untuk menerjah sambil menerkam
seandainya dirimu kehilangan pedoman dan keseimbangan
terumbang ambing di dalam gelora tiada bertepian.
Senyumlah selalu seperti tiada apa yang ingin engkau risaukan.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
disindir nanti oleh jiwa gelap tidak berperi kemanusiaan.
Senyumlah selalu walau hatimu penuh kelukaan
dari menjadi santapan mata-mata yang sering mencuri pandang
menunggu masa dan ketika untuk menerjah sambil menerkam
seandainya dirimu kehilangan pedoman dan keseimbangan
terumbang ambing di dalam gelora tiada bertepian.
Senyumlah selalu seperti tiada apa yang ingin engkau risaukan.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Bersandar Di Bahumu..
Bersandar Di Bahumu..
Angin malam
mengusik-ngusik dedaun cemara
menari mengikut tarian malam
bulan awal beradu
sang pungguk berlagu pilu
syair lara bernada sayu
dari jauh kutitip rindu buatmu di sana
Setelah lelah berjalan
menghitung masa silam
mereka-reka masa depan
semua yang kita lalui
kata berguguran
kuingin kau hadir
tidak berupa bayang lagi
aku ingin bersandar di bahumu
Dalam molek senyummu
aku tanamkan resah jiwa
semilir angin membius kesejukan
datang dan berlalu pergi
setitik embun gigil menitis
harap taklama mengering
seteguk kasih membasuh luka dan dahaga mengalir
~amran azahari~
27 Sep 2012
Bisik-bisik gelora
sang pungguk berlagu pilu
syair lara bernada sayu
dari jauh kutitip rindu buatmu di sana
Setelah lelah berjalan
menghitung masa silam
mereka-reka masa depan
semua yang kita lalui
kata berguguran
kuingin kau hadir
tidak berupa bayang lagi
aku ingin bersandar di bahumu
Dalam molek senyummu
aku tanamkan resah jiwa
semilir angin membius kesejukan
datang dan berlalu pergi
setitik embun gigil menitis
harap taklama mengering
seteguk kasih membasuh luka dan dahaga mengalir
~amran azahari~
27 Sep 2012
Bisik-bisik gelora
Biarlah
Biarlah lirih suara deritamu,
biarlah ia terpatri kemas di hati,
jangan dibiarkan ia lerai,
lerai bawa ke mati.
Biarlah syair puisi itu,
biarlah ia meluahkan luruh hatimu,
jangan dibiar tersimpan,
terimpan mati.
@biNNtANg d hAti
Biarlah syair puisi itu,
biarlah ia meluahkan luruh hatimu,
jangan dibiar tersimpan,
terimpan mati.
@biNNtANg d hAti
Antara Kasih dan Kasihan
Antara Kasih dan Kasihan
Pada mulanya aku kasihan
Kasihan melihat engkau terkapai-kapai
Kasihan melihat engkau tanpa teman istimewa
Kasihan melihat engkau menagih kasih pada yang tak sudi
Kasihan mendengar cerita lama penuh duka
Kasihan sebab tidak ada orang suka akan kamu
Selepas tiga bulan
Kasihan bertukar menjadi kasih
Kasihku pada kamu semakin menebal
Kasihku padamu melebihi isteri pertamaku
Kasihku padamu berjaya mengembalikan sinar harapan
Kasihku padamu berjaya menarik orang lain menyayangimu
Yang aku tidak tahan
Kau selalu tidur di celah kelangkang aku
Pergi kau...kucing
Kasihan mendengar cerita lama penuh duka
Kasihan sebab tidak ada orang suka akan kamu
Selepas tiga bulan
Kasihan bertukar menjadi kasih
Kasihku pada kamu semakin menebal
Kasihku padamu melebihi isteri pertamaku
Kasihku padamu berjaya mengembalikan sinar harapan
Kasihku padamu berjaya menarik orang lain menyayangimu
Yang aku tidak tahan
Kau selalu tidur di celah kelangkang aku
Pergi kau...kucing
Hari ini ke bengkel
Hari ini ke bengkel
hari ini sangat sibuk
dari pagi sampai petang hiruk pikuk
hadir ke bengkel untuk mengetuk
informasi dan pengetahuan yang dah berhabuk
semoga kembali jadi petunjuk
dalam melaksana tugas yang semakin menjeruk
perlukan idea yang tak berhabuk
baru murid terima dengan mengangguk
taklah cikgu digelar cikgu lapuk yang dah nak kena buang ke lubuk...
CNM
semoga kembali jadi petunjuk
dalam melaksana tugas yang semakin menjeruk
perlukan idea yang tak berhabuk
baru murid terima dengan mengangguk
taklah cikgu digelar cikgu lapuk yang dah nak kena buang ke lubuk...
CNM
Opera Senja
Aku bertafakur sunyi
di dermaga senja aku menyepi
melepas lelah - berguni sebu menikam dada
menyingkap resah dari sketsa sebuah drama
lakonan hidup?
Para pelakonnya ... ramah di sisi.
Mengetuk rasa - bertepak bara kemenyan jiwa,
menilik hati - membida sepi - menyingkap sangsi,
berpijak? ... temanku berdiri.
Di senja ini aku mencari
bertafakurkan sunyi.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
lakonan hidup?
Para pelakonnya ... ramah di sisi.
Mengetuk rasa - bertepak bara kemenyan jiwa,
menilik hati - membida sepi - menyingkap sangsi,
berpijak? ... temanku berdiri.
Di senja ini aku mencari
bertafakurkan sunyi.
ss/spl/pm ... 27/9/2012.
SAYANG ADIKKU SAYANG
SAYANG ADIKKU SAYANG
Adik duduk termenung di muka pintu.
Wajah yang selalunya begitu manis dan ceria langsung tidak kelihatan.
Hmm..pasti ada yang telah mengores hatinya. Adik memang begitu, manjanya
tiada tandingan, keletahnya menghiburkan semua, senyumnya tak lekang
dari bibir dan ketawanya boleh kedengaran satu rumah. Tapi hatinya juga
amat mudah tersentuh, ibarat nipisnya kulit bawang. Jika tidak teliti,
mudah saja terkoyak.
"Kak,
mari ikut adik pergi Alaska. Kita pergi berdua aje, tak payah bawa orang
lain", tiba tiba adik bersuara sambil menarik tangan saya. Ah...pasti
berat kes kali ini. Saya perlu membuat adik tenang semula.
* Adik, Alaska tu kan jauh. Lagipun Kakak tak tahan sejuk. Adik tentu tak mahu Kakak sakit, bukan?
- Habis tu, Adik nak menyorok di mana?
* Apa kata Adik sorok atas pokok aje. Bila ada barang yang hilang, orang selalu akan mencarinya di
bawah saja (bawah meja, bawah kerusi). Jarang ada yang akan mencari di atas.
- Tapi Adik tak tahu panjat pokok.
* Apa kata kalau adik menyorok dalam almari pakaian?
- Tak mahu lah. Bila tutup pintu almari, nanti gelap. Adik takut gelap. Lagi pun, tak banyak udara. Nanti adik lemas.
* Apa kata kalau Adik menyorok bawah katil?
- Kakak ni tak ada kreativiti langsung. Kat situ, tempat pertama yang Ibu akan cari Adik.
* Hmm..apa kata Adik sorok belakang Kakak saja?
- Kakak! Kakak bukannya lebar. Sekali pandang saja orang dah boleh nampak Adik belakang Kakak.
* Kalau begitu, Adik jangan menyorok ye. Cuba Adik cerita pada Kakak
kenapa Adik nak menyorok. Mana tau Kakak boleh tolong Adik.
Sambil mencium ubun ubunnya, saya cuba mengorek misteri tentang
rajuknya. Perlahan lahan Adik membuka cerita perihal dia dimarahi ibu
kerana ponteng sekolah agama semalam. Sambil bercerita, air matanya mula
menitis. Kata Adik, ibu sudah tidak sayang dia lagi kerana inilah kali
pertama ibu merotannya.
Adik, Ibu sangat sayang adik. Tak baik
merajuk dengan Ibu. Ibu marah hanya sekali sekala dan hanya bila perlu.
Marah tandanya dia sayang, dia masih ingin menegur kesalahan Adik. Kita
selalu lupa pengajaran sewaktu kita gembira. Tapi kita akan ingat
sentiasa pengajaran yang datang dengan kesedihan atau kesakitan.
Adik tahu Ibu masak apa hari ini? Sambal tumis udang yang Adik suka.
Rugi saja kalau Adik merajuk dan menyorok. Pergi basuh muka, kita makan
sama sama ye. Adik kembali tersenyum. :)
* Adik, Alaska tu kan jauh. Lagipun Kakak tak tahan sejuk. Adik tentu tak mahu Kakak sakit, bukan?
- Habis tu, Adik nak menyorok di mana?
* Apa kata Adik sorok atas pokok aje. Bila ada barang yang hilang, orang selalu akan mencarinya di
bawah saja (bawah meja, bawah kerusi). Jarang ada yang akan mencari di atas.
- Tapi Adik tak tahu panjat pokok.
* Apa kata kalau adik menyorok dalam almari pakaian?
- Tak mahu lah. Bila tutup pintu almari, nanti gelap. Adik takut gelap. Lagi pun, tak banyak udara. Nanti adik lemas.
* Apa kata kalau Adik menyorok bawah katil?
- Kakak ni tak ada kreativiti langsung. Kat situ, tempat pertama yang Ibu akan cari Adik.
* Hmm..apa kata Adik sorok belakang Kakak saja?
- Kakak! Kakak bukannya lebar. Sekali pandang saja orang dah boleh nampak Adik belakang Kakak.
* Kalau begitu, Adik jangan menyorok ye. Cuba Adik cerita pada Kakak kenapa Adik nak menyorok. Mana tau Kakak boleh tolong Adik.
Sambil mencium ubun ubunnya, saya cuba mengorek misteri tentang rajuknya. Perlahan lahan Adik membuka cerita perihal dia dimarahi ibu kerana ponteng sekolah agama semalam. Sambil bercerita, air matanya mula menitis. Kata Adik, ibu sudah tidak sayang dia lagi kerana inilah kali pertama ibu merotannya.
Adik, Ibu sangat sayang adik. Tak baik merajuk dengan Ibu. Ibu marah hanya sekali sekala dan hanya bila perlu. Marah tandanya dia sayang, dia masih ingin menegur kesalahan Adik. Kita selalu lupa pengajaran sewaktu kita gembira. Tapi kita akan ingat sentiasa pengajaran yang datang dengan kesedihan atau kesakitan.
Adik tahu Ibu masak apa hari ini? Sambal tumis udang yang Adik suka. Rugi saja kalau Adik merajuk dan menyorok. Pergi basuh muka, kita makan sama sama ye. Adik kembali tersenyum. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)