Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

Warkah buat kekasih.

Warkah buat kekasih.

Kekasih, setangkai wadah kebenaran
yang masih terkumpul dalam sangkar hatiku
sejambak madah kesetiaan yang kaulaungkan
ketika bersujud di hujung harum malam
kauucapkan warkahmu bersama selaut kasih
yang akan mengharungi seluas samudera
yang terperangkap di antara kucupan takdir
lantas, khabarkan kepada warga maya
warkah buat kekasih masih wujud.

Sabby Yusoff
Ampang Jaya
10092013.

No comments:

Post a Comment