Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, September 23, 2013

TERCEMAR.

TERCEMAR.

Tiada lagi keindahan
tiada lagi keharuman
tiada lagi kemanisan
tiada lagi kesucian
tiada lagi kemesraan
dicemarkan.

Yang tinggal dicemar dek noda
yang tinggal dirogol dek kerakusan jiwa
yang tinggal keegoan dalam menonjolkan kata
sombong dek angan di awangan
mendongak memandang ke langit kosong
mendabik bulu bak salji penuh di dada
di dalam kenihilan.

Bumi telah hilang di mata
tumit tiada enjakan
paksinya entah ke mana
dikipas dek tangan menggoda
pencemar.

Lukisan pepohon
di helaian kanvas hati
bertompokkan darah kehitaman
hanyir lagi berbisa
dititiskan kasturi
dicemari kuman berpenyakit
menghurung
jiwa.

Tiada lagi nilai estetikanya
tercemar.

Sazalee Sulaiman ... 08/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment