Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

Si Bongsu

Si Bongsu

Kais pagi hingga ke petang
Mencari diri tak kunjung datang
Tatkala senja mula menghilang
Pahala yang nipis dibilang...

Teratak itu
Ibu masih bisu
Penat lelah lesu
Kerenah si bongsu

Lembut dididik zuriat
Agama, dunia disemat
Menjadi umat Muhammad
Senang dunia akhirat

Langit tidak selalu cerah
Bagai kapal hilang arah
Si bongsu mula menyerah
Mainan dunia dia berserah

Akhirnya..
Kais pagi hingga ke petang
Pahala yang nipis dibilang....

122204Sep13
A.K
Lumut

No comments:

Post a Comment