Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Senyuman semanis gula

Senyuman semanis gula

Sejak dilahirkan
Celik biji mata
Aku telah diagah untuk tersenyum
Senyum kambing
Senyum manis
Senyum gembira
Senyum perli
Senyum pahit
Senyum sedih
Terangkum dalam mendewasakanku hingga kini
Senyuman semanis gula

Terima kasih senyuman
Kerana saat hati bersedih
Berkecai, hancur dan luluh
Masih tegar menipu
menghadiahkan senyuman
Menutup segala duka nestapa
yang bersarang
Di airmuka dan hati.
Tertanya-tanya
Apakah nama senyuman itu?
Senyuman hipokrit
Mungkinkah!

Cma
1.05/170913
SK Bukit Piatu
Bentong

No comments:

Post a Comment