Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 24, 2013

SEHABIS WARNA BIRU ITU

SEHABIS WARNA BIRU ITU

Sehabis warna biru itu
dunia ini mula berubah
margastua mula mencari arah pulang
atau duduk bergadang santai
anak-anak kecil pula diam di rumah
ada aktiviti yang telah ditetapkan pada mereka
diperintahkan atau dipaksa
agar menjadi manusia bila dewasa.

Sehabis warna biru itu
ada kehidupan malam yang muncul
yang siangnya bersembunyi dari panahan matahari
bergentayang memburu mangsa
di bawah neon suram
dan di celah-celah lorong kusam
menggamit mangsa yang mabuk dengan syurga dunia
lalu menempah salah satu bilik neraka.

Sehabis warna biru itu
yang sedar atau telah disedarkan
meletakkan dahi di hamparan sejadah
mengerti bahawa hidupnya hanya sementara
lalu mencari reda-Nya yang sentiasa terhampar
untuk dia memilih pintu-pintu syurga
yang ingin dimasukkinya.

Sehabis warna biru itu
sehari lagi usia dikira
menggumpul dosa atau pahala
ketika dua malaikat tidak pernah alpa
mencatat semuanya dalam kitab yang tersedia
tanpa pernah tertinggal walau satu huruf
untuk dilihat dan dibaca
bila tiba masanya nanti.

Di mana kita
bila sahaja
sehabis warna biru itu?

Qalam Bertinta
Klang
12092013
1815pm

No comments:

Post a Comment