Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, September 22, 2013

RINTIHAN PERIGI

RINTIHAN PERIGI

Semalam perigi buta merintih
kemarau menjerut
dahaga tidak terlerai
bening segar sejarah silam
tinggal kerikil menikam
pengembara berkunjung tiada
senja menyakitkan

turunlah hujan
biar kuteguk kasih
merayu pada awan
berarak tidak menoleh
sepi itu sepi
hati sepi

yahyaisa
Segamat Johor
05092013

No comments:

Post a Comment