Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

RELA AKU MENAHAN.

RELA AKU MENAHAN.

Tendanglah anuku
kerana sememangnya aku
layak dilakukan begitu
tanpa ada keraguan di hatiku.

Sikulah rusukku
kerana rusukku kematu
akan pesona madu
melalaikan aku.

Tumbuklah mukaku
kerana aku perlukan tumbukan padu
untuk menyedarkan aku
lamunan aku itu

... palsu
melebamkan benakku.

Lakukan!
... tidak akan aku melawan
akan aku sedekahkan senyuman
walau bergunung hentaman
akan aku tahan.

Sazalee Sulaiman ... 18/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment