Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Prosa pagi

Prosa pagi

... seperti biasa, pagiku tiada bezanya. Subuh kupejamkan mata, pagi aku terjaga kembali menggalas tugas di bahu. Mencari sesuap rezeki untuk anak dan isteri agar mereka tidak kebulur nanti dan semua keperluan mencukupi.

Di bangku usang dan meja tulis seperti sebuah pejabat pertanyaan ini, aku sengkangkan mata dan aku luruskan kembali urat-urat yang tersimpul tidak mati demi baktiku untuk keluarga yang tercinta.

... aku reda kerana aku tahu dan aku mengerti tugas-tugas seorang khalifah di muka bumi Allah.

Doaku, semoga Allah memberkati segala rezeki dan usahaku hari ini. Amin.

Sazalee Sulaiman ... 14/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment