Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

PEMAIN WAYANG.

PEMAIN WAYANG.

Dalam wayang
ada drama
ada perbalahan
ada pertarungan
berdarah
bersepah-sepah.

Dalam wayang juga
ada pembunuhan, terbunuh
ada letupan, tembak-menembak
penuh aksi
membuat penonton separuh gila
tak senang punggung.

Dalam wayang
turut ada kisah tragedi
tragis lagi sadis, banyak nangis
ada juga kisah seram mendatangkan gerun
meremang tengkuk
penontonnya ramai menangis.

Juga dalam wayang
ada watak antagonis
dibenci, dinista
manakala watak adiwiranya
dipuji, dipuja
digila-gila.

Namun dalam wayang
terdapat satu watak, badut
si pemotong cerita
yang sering dimainkan
tanpa bertopeng
watak untuk mengendurkan aksi

watak ini banyak dimainkan juga
di luar wayang
... suka potong stim.

Sazalee Sulaiman ... 11/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment