Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

PANTUN BEBAS 2

PANTUN BEBAS 2

Baik-baik belayar rakit,
jangan terputus tali pengikat;
kasihku adik bukan sedikit,
wakil kuutus mengikut adat.

Waktu senja mengemping padi,
berbaju kebaya sehingga basah;
ingin bermanja pada yang sudi,
apakan daya darjat memisah.

Turun ke sawah bila dah cerah,
Sakit kepala di waktu petang;
anak adalah sebaik anugerah,
berikan segala kasih dan sayang.

Laksamana melompat tika berpencak,
tersalah arah kaki tersadung;
di mana tempat kita berpijak,
di situ jugalah langit terjunjung.

Termenung di tingkap di waktu petang,
terasa pilu di dalam diri;
sebelum menyingkap salah orang,
selak dulu salah sendiri.

Batang jerami si batang keladi,
di tepi longkang tempat dibuang;
hidup serasmi tunduknya padi,
bukan bergoyang seperti lalang.

Pergi ke pekan mencari bawal,
bawal diletak di atas piring;
nafsu bukannya mudah dikawal,
hanya keimanan jadi pendinding.

Qalam Bertinta
Klang
12092013
0925am

No comments:

Post a Comment