MIMPI
Kupetik bulan ke peraduan malamku
untuk mengalas lena di sangkar mimpi
dan bintang pun menghulurkan gebarnya
sekadar untuk menumpang mimpi
biarpun tidak seranjang
lalu di sudut bilik itu
ada cemburu yang memerhati
ketika ranjang masih berbaki kosong
kerana tidak diundang memenuhkan sisi
ketika layar mimpi masih belum dilepaskan.
Qalam Bertinta
Klang
07092013
0213am
No comments:
Post a Comment