Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

MAWAR BERKUKU BESI.

MAWAR BERKUKU BESI.

Engkau di anjung rasa tersanjung
bagaikan kaduk naiknya junjung
egomu tinggi puncaknya gunung
kecil menegur besar tersinggung
salah-benar tidak digantung
kuku besimu haruslah diagung
walau aromanya berbau hamisan pekung
tanpa mahu berhitung rugi ataupun untung?
mula mencantas mula memotong
hilang kepala kerana dipancung
berbondong-bondong
terkujur layu tunasnya rebung.

Ingatlah selalu, Allah itu Yang Lebih Agung
hari ini mungkin harimu disanjung
hari esok siapa yang tahu nasibnya dihitung.

Sazalee Sulaiman ... 20/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment