Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

Ilhamku ...ke mana menghilang?



Berjam-jam mencari
Kering kontang
Kemarau nan panjang
Panas dan berpeluh
Dalam sejuk penghawa dingin
Ke mana menghilangnya ilhamku?
Jari jemari menari zapin
Tetapi tidak selangkah pun mampu kupetik
Walaupun satu huruf
Di sini
Di papan kekunci

Apakah esok akan banjir
Mengalir cita rasa dan getar
Yang membungkam di hati
Aku tunggu
Ilhamku memenuhi empangan
Yang kontang ini
Datanglah ilhamku

Cma
2.42 pagi
180913

No comments:

Post a Comment